Skip to main content

Malam Yang Kebiasaan Dilalui…

Malam 1 Ramadhan, sudah menjadi kebiasaan, hampir ke semua rumah-rumah Allah dipenuhi ratusan umat Muhammad s.a.w, datang untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Terang benderang cahaya lampu rumah-rumah Allah, malah bagi kita yang tidak pernah datang berjemaah juga tidak terkecuali ingin merebut peluang kedatangan Ramadhan. Gembira benar, sekalian malaikat yang turut mengunjungi rumah Allah, mereka bersemangat untuk menemui Allah bagi mempersembahkan apa yang mereka lihat.

Malam 15 Ramadhan, sudah beransur sedikit bilang umat Muhammad s.a.w yang bertandang, rumah-rumah Allah tidak lagi terang seperti di malam-malam awal Ramadhan, yang si tua, mengadu sakit-sakit, lenguh-lenguh sendi untuk beribadat,yang si muda, ada majlis-majlis berbuka bersama sahabat handai, yang si kecil, tengah sibuk bermain mercun.

Malam-malam Akhir Ramadhan, itulah cabaran yang makin hebat, sudah lumrah resam kita, masjid hanya tinggal 1 ke 2 saf, tidak seperti di awal Ramadhan, umat Muhammad telah berasa cukup dengan ibadat yang telah dilaksanakan, bahkan kita rasa berlebihan amalan-amalan kita. Ramai yang sibuk menyiapkan juadah hari raya, ada yang tengah mencari kenderaan awam untuk pulang berhari raya, ada menziarah rakan-rakan setelah pulang ke kampung halaman;melepak hingga sahur.

Ternyata kita masih gagal melawan nafsu kita. Kita terus leka dan tidak langsung beristiqamah dalam menjalankan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta.

Kenapa kita begini? Adakah akan berterusan begini? Adakah tidak remaja jika kita tidak mengikut kemahuan nafsu remaja yang kebiasaan dilakukan? Kita sebenarnya tetap remaja…Remaja yang lebih matang memikirkan amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah. Pedulikan apa kawan-kawan lain kata, bukan bermakna kita melupakan kawan-kawan semua, tetapi yang penting, kita tidak lepas menghayati kemurnian Ramadhan yang datang setahun sekali. Pastikan target yang kita buat sebelum Ramadhan tercapai sebelum menjelang raya…

Kita pasti akan merasai kenikmatan Syawal apabila target kita tercapai..Itulah kepuasan yang dicari…dan teruslah beristiqamah, dan cuba melakukan perubahan baru dalam kehidupan sebagai HAMBA ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...