Kaget seketika apabila menonton Buletin Utama, TV3, edisi 19 Ogos 2010. Sayu hati…aku bermohon berbanyak-banyak berdoa kepada Allah moga aku tidak sama mengikuti apa yang telah terjadi. Aku takut dan risau, dalam menghadapi dunia moden serba mencabar, aku takut terpesong dari jalan Allah, tiada siapa di dunia yang “perfect”, termasuk juga aku, mungkin tidak hari ini, mungkin esok, mungkin tidak esok, mungkin lusa, cabaran datang dan pergi, iman sentiasa turun naik, bagai gelombang. Aku pun belum tentu, dimana tahap keimananku, adakah masih dibawah, yang mana bila-bila masa sahaja terdorong untuk terpengaruh dengan apa saja dugaan…Tapi yang pasti aku takut…Aku masih Pencari Tuhan…
Paparan di bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang penuh barakah mengenai masyarakat Islam bercanda dan berdansa sambil mabuk di kelab-kelab malam menunjukkan kita, bahawa kita masih tidak dapat menguasai nafsu…Itulah ujian Allah di bulan Ramadhan.Aku tidak tahu apakah hukumnya…aku bukanlah insan yang tinggi ilmu agama, tapi aku tahu ARAK HARAM DI SISI ISLAM.
Comments