Barangkali, pernah kita terhimpit antara amanah dan ukhwah. Adakah demi menjaga perasaan antara ikhwah kita terpaksa menggadaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan…Yang mana lebih penting??
Mengupas isu ini, ana sendiri binggung…tetapi ana masih percaya jika kita menjalankan amanah secara telus, Allah akan bersama kita, Allah akan sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara sesama manusia. Namun, dalam menjalankan amanah, kadangkala menekankan pihak lain.
Maaf didahulukan kepada semua pihak jika terpaksa bersama menanggung amanah yang telah diberikan. Bukan bercadang untuk menyusahkan, tetapi demi memenuhi kehendak yang telah direncanakan.
Jika terdapat selisih faham, sabar adalah sangat-sangat perlu, kerana kita tidak minta untuk bermasam muka, tetapi kita minta manis muka…Jangan kerana amanah, kita pendam dendam dalam hati…tetapi kita terimanya sebagai memenuhi amanah Rabbi.
Comments