Skip to main content

Posts

Showing posts with the label syaitan

Nak Polish Kereta Lagi Petang Ni...

Setiap kali setiap hari bila balik dari kerja, aku pasti akan membasuh kereta, polish biar nampak berkilat dan sentiasa baru. Aku rasa tidak selesa bila kereta aku berhabuk dan kotor, nanti aweks2x pandang aku pengotor mana jadi macam ni…Siapa nak dengan aku…Bila bersih, ku polish lagi, ku polish lagi dari terang cuaca di langit hinggalah gelap…. Satu petang, aku ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, “Nak, dah solat Asar ke belum”. Aku jawab dengan selamba badak, “Belum lagi pak cik”. Lelaki tadi menasihati aku “Pak cik dok tengok hari-hari anak basuh dan polish kereta, baguslah tu, pak cik puji, tapi jangan lupa solat, polish hati kita, nanti mati, Allah tak tanya kereta kau berkilat ke tak sebelum kau mati tadi, Allah tanya, hati kita terjaga ke tak”. Lelaki itu terus menyambung “Nak, kereta itu alat, matlamat kita adalah untuk bergerak ke mana2x dengan mudah bukan untuk bermegah2x, setkan matlamat diri untuk perkara-perkara agama sahaja bukan untuk enjoy dan lupakan A...

AMALAN YANG MESTI DILAKUKAN BAGI MENGELAKKAN GANGGUAN JIN/SYAITAN

1. Sentiasa menunaikan solat berjamaah 2. Berwuduk dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum tidur. 3. Jangan menggantung apa-apa gambar bernyawa (binatang/manusia) dalam rumah. 4. Memulakan sesuatu dengan membaca Bismillah 5. Banyakkan Zikir 6. Membaca zikir berikut 100x selepas solat Subuh لا إلهَ إلاّ اللّهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ المُـلْكُ ولهُ الحَمْد، وهوَعلى كلّ شَيءٍ قَدير 7. Elakkan tidur / tinggal bersendirian. 8. Bagi wanita, hendaklah sentiasa menutup aurat. 9. Membanyakkan amalan sunat. 10. Membaca surah Al-Baqarah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga hari. 11. Membaca dan mendengar Yaasin selepas solat Subuh. 12. Ayat-ayat Quran yang elok dibaca dan didengar ialah Al-Baqarah 1-5, 163-164, 255-257, 285-286, Al-Imran 18-19, Al-A’raf 54-56, Al-Mukminun 115-118, As-Soffat 1-10, Al-Ahqaf 29-32, Ar-Rahman 33-36, Al-Hasyr 21-24, Al-Jin 1-9, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas. 13. Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. 14. Jangan mendengar nyanyian ...

Kenapa Aku…Bukan Orang Lain……

Ahmad, bukan nama sebenar memacu keretanya menuju ke tempat rekreasi lewat 10.00malam bersama teman wanitanya. Dia pun berhenti di satu tempat, dimana kedapatan bangku lepak di taman rekreasi tersebut. Pada malam yang damai dan tenang itu, dia terus membuka pintu kereta dan mengajak teman wanitanya keluar mendapatkan kerusi untuk bersantai. Ahmad telah mengenali Lia, 2 tahun yang lalu, kerana mempunyai minat yang sama, mereka antara pasangan yang sangat serasi, mereka gemar keluar berdua-duaan hingga lewat malam. Namun, walaupun telah lama berkasih, masih belum ada tanda-tanda mereka ingin hidup bersama. Sedang bersenda gurau, tiba-tiba…. “ Maaf encik, saya dari Jabatan Agama Islam, boleh saya tahu maklumat peribadi encik, boleh saya dapatkan IC encik ”, kata seorang dari 5 orang pegawai agama dari Bahagian Pencegah Maksiat. Ahmad tercegang dan kaget, perlahan-lahan dia seluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan IC nya. Dia antara 10 orang yang ditahan malam itu dalam Ops Pencega...