Skip to main content

Posts

Showing posts with the label syurga

MATA

Mata Tajam benar menusuk penglihatanku, Hilang arah aku, alpa dengan kecantikan itu, Mata, Hebat sekali mainanmu, Hinggakan kami MUSLIM, Makin goyah memilih jalan kebenaran. Mata, Mengapa kau terus menggoda pencinta-pencinta Syurga, Kau berjaya menyemai rasa cinta akan DUNIA, Kau berjaya menabur janji setia, Kau bina tamadun-tamadun moden dan kehebatan materialistika. Mata, Walau kau kawal ekonomi, Walau kau kawal hati nurani, Walau kau mengawal segalanya di dunia ini, Kami yakin janji Allah, ISLAM akan menang, Wahai kaum MUSLIM, Berhati-hatilah dengan panahan mata itu, Kerananya bukan sahaja ada diluar kotak kehidupan kita, Tetapi juga berada dalam kotak kehidupan MUSLIM kita.

Bila Ku Kan Pulang??

Ya Rabb, Ku menadah tangan, Kau beriku peluang lagi untuk terus aku hidup sekarang, Ku pohon doa pada-Mu moga Kau panjangkan usiaku, Walau ku tahu…aku akan kembali ke situ… Ke tanah…min turab ila turab. Ya Rabb, Masih belum banyakku berjuang dalam agama-Mu, Ku masih bertatih, memahami dan mengenal diri sendiri, Mencari Jannah yang terhidang bagi sesiapa yang berusaha, Hidayah-Mu tidak datang bergolek, Semuanya perlu dicari dan dipelajari. Ya Rabb, Indahnya hidup dibawah naungan Rahmat-Mu, Ku sering mengharap aku antara yang terpilih, Mendapat kurniaan itu… Ya Rabb, Ku takut untuk bertemu-Mu, Bekalan apakah yang aku akan bawa, Adakah amalan harian aku mampu menggangkat darjatku, Atau aku langsung tidak mendapat syafaat dari rasulku, Ya Rabb, Jika masih ada peluang aku hidup, Kau ingatkanlah aku mengenai laluan perjalanan hidupku, Aku harus berada pada landasan kebenaran, Berjuang dibawah kalimah-Mu,