Setiap kali setiap hari bila balik dari kerja, aku pasti akan membasuh kereta, polish biar nampak berkilat dan sentiasa baru. Aku rasa tidak selesa bila kereta aku berhabuk dan kotor, nanti aweks2x pandang aku pengotor mana jadi macam ni…Siapa nak dengan aku…Bila bersih, ku polish lagi, ku polish lagi dari terang cuaca di langit hinggalah gelap….
Satu petang, aku ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, “Nak, dah solat Asar ke belum”. Aku jawab dengan selamba badak, “Belum lagi pak cik”. Lelaki tadi menasihati aku “Pak cik dok tengok hari-hari anak basuh dan polish kereta, baguslah tu, pak cik puji, tapi jangan lupa solat, polish hati kita, nanti mati, Allah tak tanya kereta kau berkilat ke tak sebelum kau mati tadi, Allah tanya, hati kita terjaga ke tak”. Lelaki itu terus menyambung “Nak, kereta itu alat, matlamat kita adalah untuk bergerak ke mana2x dengan mudah bukan untuk bermegah2x, setkan matlamat diri untuk perkara-perkara agama sahaja bukan untuk enjoy dan lupakan A...