Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Darjat

Bila Ku Kan Pulang??

Ya Rabb, Ku menadah tangan, Kau beriku peluang lagi untuk terus aku hidup sekarang, Ku pohon doa pada-Mu moga Kau panjangkan usiaku, Walau ku tahu…aku akan kembali ke situ… Ke tanah…min turab ila turab. Ya Rabb, Masih belum banyakku berjuang dalam agama-Mu, Ku masih bertatih, memahami dan mengenal diri sendiri, Mencari Jannah yang terhidang bagi sesiapa yang berusaha, Hidayah-Mu tidak datang bergolek, Semuanya perlu dicari dan dipelajari. Ya Rabb, Indahnya hidup dibawah naungan Rahmat-Mu, Ku sering mengharap aku antara yang terpilih, Mendapat kurniaan itu… Ya Rabb, Ku takut untuk bertemu-Mu, Bekalan apakah yang aku akan bawa, Adakah amalan harian aku mampu menggangkat darjatku, Atau aku langsung tidak mendapat syafaat dari rasulku, Ya Rabb, Jika masih ada peluang aku hidup, Kau ingatkanlah aku mengenai laluan perjalanan hidupku, Aku harus berada pada landasan kebenaran, Berjuang dibawah kalimah-Mu,

Ayuh...Masjid dan Surau Rumah Kedua

Surau Wastiah dah berwajah baru.... Malam 15hb Julai 2010, tercatat sejarah baru di Kampung Keliang, Kalumpang. Surau baru secara rasminya telah dapat digunakan...Kelihatan ramai yang hadir memeriahkan majlis bacaan Ya'asin yang diulang sebanyak 3 kali, selepas waktu Maghrib dan kemudian diikuti Solat Isyak berjemaah, kemudian tahlil. Saya kagum dengan sambutan yang diberikan, moga dihari-hari seterusnya, akan bertambahlah jemaah yang mengunjungi surau...kerana kita tahu apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggal...