Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ikram

Deraian Air Mata Tangisan Kekesalan – KBM Bukit Sentosa, 17-18 Julai 2010.

Assalamualaikum wbr… Adik-adik kasih dan sayang, sedikit tinta ini adalah untuk kita berkongsi apa yang telah berlaku sepanjang 28 jam. Pertama sekali, abang menadah kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana telah mengizinkan abang untuk turut serta bersama adik-adik kasih dan sayang kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Sesungguhnya, abang sangat gembira bertemu kalian semua, bertemu para fasilitator yang lain dan masyarakat kariah Masjid As-Salam, Bukit Sentosa. Inilah salah satu sumbangan KRJ kepada masyarakat setempat dan insyaAllah, ia akan diteruskan melalui program-program amal sebegini bagi memberi dan menerima segala sumbangan buah fikiran dalam kita mencari Redha Allah. Adik-adik kasih dan sayang, penglibatan abang-abang / kakak-kakak fasi adalah untuk membantu adik-adik. Kami tidak mengharap apa-apa habuan dari adik-adik, apa yang kami mahu, adik-adik sentiasa diingati dan disayangi. Apa yang penting, kita sentiasa bers...