Apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”. Sikap “WONDERPETS” memerlukan interaksi antara makhluk sesama makhluk. Seperti interaksi 3 haiwan peliharaan “WONDERPETS” iaitu anak itik, anak hamster, dan anak kura-kura. Akan tetapi, persoalannya WONDERPETS yang bagaimana? Adakah dengan tujuan merosakkan harta orang lain atau menganggu ketenteraman orang awam di panggil sikap kerjasama. Ditegaskan dalam al-Qur'an bahwa manusia selalu mengadakan hubungan dengan Tuhannya dan juga mengadakan hubungan dengan sesama manusia. Kesediaan untuk memperhatikan kepentingan orang lain, dalam hal ini adalah tolong-menolong / kerjasama. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur'an surat al-Maidah ayat 2, sebagai berikut : "Dan tolong menolong-menolong kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran". Ayat ini merupakan penegasan perintah dari Allah SWT akan kewajiban tolong-menolong dalam k...