Ukhwah antara Muslim patut sentiasa disemai bagi memastikan keteguhan dan kekuatan kesatuan ummah yang amat disukai oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah Ali ‘Imran : Ayat 112) Juga dari hadith Rasulullah yang bermaksud: “Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” - Sahih Bukhari Untuk membina perpaduan sesama umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t: Yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara ” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10) Ayat di atas mengambarkan kepada kita b...