Skip to main content

Posts

Showing posts with the label khatam

KITA DIKUASAI NAFSU…

Bulan puasa, bulan penuh kerahmatan…bulan yang dijanjikan pengampunan… Namun, apakah kita menghayati bulan ini sebaik mungkin?. Tazkirah Ustaz Shamsudin di IHaB setelah solat sunat tarawikh semalam, menyentak hati kecilku, betapa aku masih jauh dari redha Allah. Ustaz menjelaskan,”bukan anak jantan, jika tidak dapat khatam quran sepanjang Ramadhan ini walaupun hanya sekali”. Aku mengambil serius soal ini, betapa penekanan kepada penghayatan Ramadhan amat-amat dititikberatkan. Bukan bermakna ustaz hendak menyindir sesiapa tapi seikhlas hati dia mahu aku berubah ke arah yang lebih baik. Jika dulu sewaktu kecil aku tidak tahu membaca Quran, namun kini sedikit demi sedikit aku sudah perbaiki diri. Namun, pembaikan itu, belum cukup, dan perlu ditambah-tambahkan dan beristiqamah dengannya. Lebih baik berdikit dalam perubahan dan beristiqamah dengannya daripada berubah secara drastik, tetapi tidak istiqamah. Apa yang membuat aku gagal untuk khatam Quran pada sela masa yang aku impi dan target...