Pernahkah anda, tika bertandang ke majlis akad seseorang, anda melihat mempelai lelaki mengalirkan air mata selepas ijab dan qabul. Adakah bagi anda ia adalah sangat pelik?...Adakah air mata seorang lelaki amat sukar untuk dikeluarkan?...Namun ada juga sesetengah lelaki langsung tidak ada tanda-tanda mengeluarkan air mata, malah terus tersenyum. Sebenarnya, lelaki yang mengalirkan air mata ini, adalah lelaki yang memikirkan akan tanggungjawab yang terpaksa dia pikul setelah menjadi seorang suami, samada dia boleh menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga atau tidak. Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak . Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keser...