Pada 29 Ogos 2010, aku telah bersama menyertai majlis berbuka puasa bersama adik-adik yang amat disayangi, anak-anak yatim / miskin di Simpang, Taiping. Bermula acara, ucapan daripada pengajur dan kemudian diikuti ucapan daripada pengetua maahad sendiri. Dalam ucapan tersebut, pengetua telah menceritakan pengalaman mereka bagaimana mereka mengambil anak-anak yatim dan miskin ini, satu daripada pengalamannya adalah, dia terpaksa berhadapan dengan keluarga yang terlalu daif, bapa pada pelajar tersebut adalah penagih dadah tegar, selain itu juga, ada diantara adik-adik tersebut telah dijual oleh ibu dan ayah mereka...semuanya mempunyai kisah-kisah tersendiri… Selepas menjamah juadah ‘ALA KARD’, adik-adikku sayang menunaikan solat fardhu Maghrib, kemudian menikmati juadah makanan ‘BERAT’. Disitu, satu lagi detik yang menyebabkan hatiku sebak…seorang di kalangan mereka tidak dapat menghabiskan makanan yang telah terhidang di dalam pinggan, sahabatnya di sebelah, telah menyuruh untuknya meng...