Skip to main content

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM/MISKIN MAAHAD TAHFIZ AMAL NUR QASEH, KAMUNTING.

Pada 29 Ogos 2010, aku telah bersama menyertai majlis berbuka puasa bersama adik-adik yang amat disayangi, anak-anak yatim / miskin di Simpang, Taiping. Bermula acara, ucapan daripada pengajur dan kemudian diikuti ucapan daripada pengetua maahad sendiri. Dalam ucapan tersebut, pengetua telah menceritakan pengalaman mereka bagaimana mereka mengambil anak-anak yatim dan miskin ini, satu daripada pengalamannya adalah, dia terpaksa berhadapan dengan keluarga yang terlalu daif, bapa pada pelajar tersebut adalah penagih dadah tegar, selain itu juga, ada diantara adik-adik tersebut telah dijual oleh ibu dan ayah mereka...semuanya mempunyai kisah-kisah tersendiri…

Selepas menjamah juadah ‘ALA KARD’, adik-adikku sayang menunaikan solat fardhu Maghrib, kemudian menikmati juadah makanan ‘BERAT’. Disitu, satu lagi detik yang menyebabkan hatiku sebak…seorang di kalangan mereka tidak dapat menghabiskan makanan yang telah terhidang di dalam pinggan, sahabatnya di sebelah, telah menyuruh untuknya menghabiskan, namun adik itu tidak berkemampuan, sahabatnya terus memujuk dan menyuap makanan tersebut ke mulut adik itu… Adik yang aku maksudkan itu berumur dalam linkungan 5 ke 7 tahun sahaja. Inilah, walau mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu ayah, namun kasih sayang antara mereka utuh…

Untuk itu, kalian semua…pengalaman aku di sini,akan aku ingat untuk menjadi bekalan hidup ini, betapa kita saling memerlukan antara satu sama lain…Aku sayang semua…terutama yang paling istimewa…bakal zaujahku…Sayang, bersedialah untuk pengorbanan untuk orang lain…Kenikmatan yang dikecap bukan hanya di sini, tetapi yang lebih penting di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...