1. Sentiasa menunaikan solat berjamaah
2. Berwuduk dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum tidur.
3. Jangan menggantung apa-apa gambar bernyawa (binatang/manusia) dalam rumah.
4. Memulakan sesuatu dengan membaca Bismillah
5. Banyakkan Zikir
6. Membaca zikir berikut 100x selepas solat Subuh
لا إلهَ إلاّ اللّهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ المُـلْكُ ولهُ الحَمْد، وهوَعلى كلّ شَيءٍ قَدير
7. Elakkan tidur / tinggal bersendirian.
8. Bagi wanita, hendaklah sentiasa menutup aurat.
9. Membanyakkan amalan sunat.
10. Membaca surah Al-Baqarah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga hari.
11. Membaca dan mendengar Yaasin selepas solat Subuh.
12. Ayat-ayat Quran yang elok dibaca dan didengar ialah Al-Baqarah 1-5, 163-164, 255-257, 285-286, Al-Imran 18-19, Al-A’raf 54-56, Al-Mukminun 115-118, As-Soffat 1-10, Al-Ahqaf 29-32, Ar-Rahman 33-36, Al-Hasyr 21-24, Al-Jin 1-9, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas.
13. Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur.
14. Jangan mendengar nyanyian dan muzik yang melalaikan.
15. Berkawan rapat dengan orang soleh dan jauhkan diri dari berkawan dengan mereka yang rosak akhlak dan peribadi.
Semakin dekat kita dengan Allah, semakin jauhlah diri kita daripada gangguan Syaitan.
Rujukan:
Pusat Kebajikan dan Perubatan Islam (Darussyifa’)
No.9, Jalan Seluang, Taman Lela 1, Kamunting, Perak.
Comments