Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jahat

Senyum Lebih Baik Dari Bercakap…

“Kerana Mulut Badan Binasa” peribahasa Melayu yang selalu mengambarkan bahawasanya mulut ataupun percakapan mungkin menjadi punca kepada pergaduhan atau permusuhan. Oleh yang demikian, jika kita berada dalam situasi ingin menjaga perasaan seseorang walau dalam tidak bersetuju dengan idea yang diketengahkan, kita perlulah senyum. Bukan bermakna kita bersetuju, tetapi memberi perhatian kepadanya mengutarakan pendapatnya, setelah itu, barulah kita menyuarakan pendapat kita dalam keadaan susun kata yang baik dan dalam masa yang sama tidak menyinggung perasaan orang lain. Rasulullah SAW telah bersabda, Maksudnya: " Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam." Rasulullah SAW bersabda “ Kalau boleh cakap baik, cakaplah kerana Allah, kalau tak boleh, kita diam, diamlah kerana Allah.” Rasulullah SAW bersabda : “Pangkal segala perkara adalah agama Islam, tiangnya solat lima waktu dan puncak dari segala perbuatan baik adalah jihad, l...