Skip to main content

Posts

Showing posts with the label amanah

Innallaha Ma'as-sabirin ...

Barangkali, pernah kita terhimpit antara amanah dan ukhwah. Adakah demi menjaga perasaan antara ikhwah kita terpaksa menggadaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan…Yang mana lebih penting?? Mengupas isu ini, ana sendiri binggung…tetapi ana masih percaya jika kita menjalankan amanah secara telus, Allah akan bersama kita, Allah akan sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara sesama manusia. Namun, dalam menjalankan amanah, kadangkala menekankan pihak lain. Maaf didahulukan kepada semua pihak jika terpaksa bersama menanggung amanah yang telah diberikan. Bukan bercadang untuk menyusahkan, tetapi demi memenuhi kehendak yang telah direncanakan. Jika terdapat selisih faham, sabar adalah sangat-sangat perlu, kerana kita tidak minta untuk bermasam muka, tetapi kita minta manis muka…Jangan kerana amanah, kita pendam dendam dalam hati…tetapi kita terimanya sebagai memenuhi amanah Rabbi.

Tangisan Lelaki

Pernahkah anda, tika bertandang ke majlis akad seseorang, anda melihat mempelai lelaki mengalirkan air mata selepas ijab dan qabul. Adakah bagi anda ia adalah sangat pelik?...Adakah air mata seorang lelaki amat sukar untuk dikeluarkan?...Namun ada juga sesetengah lelaki langsung tidak ada tanda-tanda mengeluarkan air mata, malah terus tersenyum. Sebenarnya, lelaki yang mengalirkan air mata ini, adalah lelaki yang memikirkan akan tanggungjawab yang terpaksa dia pikul setelah menjadi seorang suami, samada dia boleh menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga atau tidak. Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak . Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keser...

Marahkan Allah

Bila ditegur, ditengking balik, bila dinasihat, dimarahi blk.....adakah ana bersalah, adakah menyayangi org lain itu salah....kenapa ana menasihat dan menegur, adakah ana membenci sahabat....tidak....ana tidak benci sesiapa...melainkan ana sayang semua....yang sahabat marahkan bukan ana, tetapi Allah, Dia yang meletakkan syarat-syarat untuk kebaikan manusia, bukan keburukan...ana tak ambil hati...biarlah Allah tambahkan ketenangan diri untuk terus menyayangi sahabat....kerana dengan menyayangi..ana akan terus berbakti...memberi nasihat dan teguran...untuk sama-sama kita berusaha ke jalan Allah... Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita. Pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan menutup aur...