Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kasih Sayang

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM/MISKIN MAAHAD TAHFIZ AMAL NUR QASEH, KAMUNTING.

Pada 29 Ogos 2010, aku telah bersama menyertai majlis berbuka puasa bersama adik-adik yang amat disayangi, anak-anak yatim / miskin di Simpang, Taiping. Bermula acara, ucapan daripada pengajur dan kemudian diikuti ucapan daripada pengetua maahad sendiri. Dalam ucapan tersebut, pengetua telah menceritakan pengalaman mereka bagaimana mereka mengambil anak-anak yatim dan miskin ini, satu daripada pengalamannya adalah, dia terpaksa berhadapan dengan keluarga yang terlalu daif, bapa pada pelajar tersebut adalah penagih dadah tegar, selain itu juga, ada diantara adik-adik tersebut telah dijual oleh ibu dan ayah mereka...semuanya mempunyai kisah-kisah tersendiri… Selepas menjamah juadah ‘ALA KARD’, adik-adikku sayang menunaikan solat fardhu Maghrib, kemudian menikmati juadah makanan ‘BERAT’. Disitu, satu lagi detik yang menyebabkan hatiku sebak…seorang di kalangan mereka tidak dapat menghabiskan makanan yang telah terhidang di dalam pinggan, sahabatnya di sebelah, telah menyuruh untuknya meng...

Dikasihi dan Mengasihi

Apa yang kita lakukan bila ada insan yang menyayangi kita dan sanggup berkorban demi kita?. Tentulah bagi seorang yang normal, kita akan membalas segala kasih sayang yang telah diberikan, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Namun, bagaimana pula kita dengan Allah? Anugerah yang diterima setiap detik, mencurah-curah kepada kita semua. Akan tetapi, kita masih jauh dari Nya, walaupun begitu, Dia tetap memberikannya kepada insan yang dikasihinya? apa yang kita mahukan? apa yang kita perlukan? Bila kita lapar, kita dapat menjamah makanan, adakah kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas rezeki yang diberikan-Nya?. Bila kita sakit, dia disembuhkan, adakah kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya setelah kita sihat?. Kita seolah-olah tidak menghargai Allah, sebaliknya kita lebih menghargai insan. Walhal, nikmat Allah lebih banyak, dan Allah jugalah yang menggerakkan hati-hati insan untuk menyayangi kita. Wahai saudaraku yang amat ku say...

Jalan-Jalan Cari Ikhwan….JOM LEEEER…

Ukhwah antara Muslim patut sentiasa disemai bagi memastikan keteguhan dan kekuatan kesatuan ummah yang amat disukai oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah Ali ‘Imran : Ayat 112) Juga dari hadith Rasulullah yang bermaksud: “Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” - Sahih Bukhari Untuk membina perpaduan sesama umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t: Yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara ” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10) Ayat di atas mengambarkan kepada kita b...

Deraian Air Mata Tangisan Kekesalan – KBM Bukit Sentosa, 17-18 Julai 2010.

Assalamualaikum wbr… Adik-adik kasih dan sayang, sedikit tinta ini adalah untuk kita berkongsi apa yang telah berlaku sepanjang 28 jam. Pertama sekali, abang menadah kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana telah mengizinkan abang untuk turut serta bersama adik-adik kasih dan sayang kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Sesungguhnya, abang sangat gembira bertemu kalian semua, bertemu para fasilitator yang lain dan masyarakat kariah Masjid As-Salam, Bukit Sentosa. Inilah salah satu sumbangan KRJ kepada masyarakat setempat dan insyaAllah, ia akan diteruskan melalui program-program amal sebegini bagi memberi dan menerima segala sumbangan buah fikiran dalam kita mencari Redha Allah. Adik-adik kasih dan sayang, penglibatan abang-abang / kakak-kakak fasi adalah untuk membantu adik-adik. Kami tidak mengharap apa-apa habuan dari adik-adik, apa yang kami mahu, adik-adik sentiasa diingati dan disayangi. Apa yang penting, kita sentiasa bers...