Ibu…
Anakmu ini mahu jadi jentera…
Aku mahu jadi penggerak dalam perubahan,
Aku mahu kita semua memahami akan asbab kelahiran…
Aku mahu berkorban demi semua manusia…
Aku amat sayang semua…
Ibu…
Aku tak boleh lihat orang lain menangis duka,
Aku tak boleh lihat orang lain alpa,
Aku tak boleh lihat orang lain papa,
Aku akan cuba membantu sedaya aku,
Walau ku tahu, aku tak sehebat manusia biasa,
Ibu,
Aku mahu perkenan dan doa darimu,
Doakan kekuatan diri aku menghadapi sekalian ragam manusia,
Keranaku tahu, jika aku lemah, mustahil aku boleh bergerak,
Ibu,
Aku tak sanggup melihat rakanku leka dengan menagih,
Aku tak sanggup melihat rakanku berfoya-foya,
Aku tak sanggup melihat rakanku merempit,
Apa yang aku mahu...
Malaysia AMAN…
Ameen...
Hamba ALLAH,
23 Ogos 2010 - Semanggol, Perak.
Comments