Apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”. Sikap “WONDERPETS” memerlukan interaksi antara makhluk sesama makhluk. Seperti interaksi 3 haiwan peliharaan “WONDERPETS” iaitu anak itik, anak hamster, dan anak kura-kura.
Akan tetapi, persoalannya WONDERPETS yang bagaimana? Adakah dengan tujuan merosakkan harta orang lain atau menganggu ketenteraman orang awam di panggil sikap kerjasama.
Ditegaskan dalam al-Qur'an bahwa manusia selalu mengadakan hubungan dengan Tuhannya dan juga mengadakan hubungan dengan sesama manusia. Kesediaan untuk memperhatikan kepentingan orang lain, dalam hal ini adalah tolong-menolong / kerjasama. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur'an surat al-Maidah ayat 2, sebagai berikut :
"Dan tolong menolong-menolong kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran".
Ayat ini merupakan penegasan perintah dari Allah SWT akan kewajiban tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa serta larangan untuk tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.
Apakah kita sudah melaksanakan konsep kerjasama ini mengikut perintah Allah?
Ibnu Katsir telah mengetengahkan dua hadith untuk memperkuat dan menjelaskan ayat ini,iaitu:
Pertama, hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang berbunyi,
“Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka” (Imam Ahmad).
Kedua, hadith yang menyebutkan tentang perintah menolong siapapun, baik yang dizalimi mahupun yang menzalimi.
Rasulullah saw bersabda, “Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”. Maka para sahabat bertanya, “Menolong yang dizalimi memang kami lakukan, tapi bagaimana menolong orang yang berbuat kezaliman?”. Rasulullah menjawab, “Mencegahnya dari terus menerus melakukan kezaliman itu bererti engkau telah menolongnya”.(Bukhari dan Ahmad).
Comments