“Lantak pi lah…Kau jaga kubur kau…Biar aku jaga kubur aku…Dosa aku, biarlah aku tanggung sendiri…apa kau peduli”.
Itulah antara cebisan ayat yang memerlukan kita menghayati maksud yang mendalam…Salahkah dia berbicara begitu, salahkah kita menegur dia sesama Muslim…Jika kita seorang pendakwah, kita akan selalu berhadapan dengan situasi sedemikian…adakah seorang pendakwah akan berundur dari medan dakwahnya…sudah pasti tidak…kita perlu secara halus menasihatinya. Dakwah bukan secara lisan semata-mata, tapi melalui tingkah laku dan budi pekerti. Untuk itu kita perlu mendekati semua orang, tak kira tua, muda, miskin, dan kaya.
Jangan biarkan dia terus hanyut, jika dia hanyut…di suatu masa jika dia dipanggil oleh Allah s.w.t, dia akan menyalahi kita umat Muslim kerana tidak pernah mencuba menjelaskan kesesatan dan kejahilannya, tidak cuba menariknya kembali ke jalan yang mulia, tidak cuba menyedarkannya.
Adakah kita mahu dipersoalkan kelak…Oleh itu, nasihat menasihatilah antara kita…untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat yang utama…Jzkl.
Comments