Mata
Tajam benar menusuk penglihatanku,
Hilang arah aku, alpa dengan kecantikan itu,
Mata,
Hebat sekali mainanmu,
Hinggakan kami MUSLIM,
Makin goyah memilih jalan kebenaran.
Mata,
Mengapa kau terus menggoda pencinta-pencinta Syurga,
Kau berjaya menyemai rasa cinta akan DUNIA,
Kau berjaya menabur janji setia,
Kau bina tamadun-tamadun moden dan kehebatan materialistika.
Mata,
Walau kau kawal ekonomi,
Walau kau kawal hati nurani,
Walau kau mengawal segalanya di dunia ini,
Kami yakin janji Allah,
ISLAM akan menang,
Wahai kaum MUSLIM,
Berhati-hatilah dengan panahan mata itu,
Kerananya bukan sahaja ada diluar kotak kehidupan kita,
Tetapi juga berada dalam kotak kehidupan MUSLIM kita.
Comments