Persediaan raya dah siap sebelum puasa lagi…. Persediaan Ramadhan masih tak ada. Adakah hanya lapar dan dahaga mengikut tradisi.
“Aku berpuasa kerana tradisi, orang puasa aku puasa la”…Adakah seperti itu…
atau
“Aku berpuasa kerana Allah, aku nak cari ketenangan berdamping dengan Allah sepertiga malam”
Kita yang pilih….Apa persediaan kita?.
Bulan Ramadhan adalah hadiah daripada Allah, perumpamaannya macam Hari Sukan Sekolah, siapa nak menang kenalah berusaha, kalah menang adat pertandingan tapi yang penting kita berusaha.
Jangan kita biarkan Hari Sukan Sekolah habis macamtu jer…hadiah apa pun tak dapat….Time sukan bila dapat hadiah, kita berasa sangat happy….Samalah juga dengan puasa, bila kita ada azam, sebagai contoh…”Aku tak nak langsung tinggal solat sunat Tarawikh tahun ni”….Kepuasan akan terpancar bila habis sahaja Ramadhan…Hari Raya kita tak sama dengan orang lain…senyum kita..lebih manis…terasa indah hari-hari yang dilalui…Cubalah….
“Tak boleh aku….tahun ni aku mesti menang…tiap kali aku lari 100meter aku jer orang yang last sampai penamat…”
Ya kita perlu mencuba…tak salah kita nak kan yang lebih baik…abaikan bila sahabat ajak melepak malam-malam, abaikan menonton tv ( agenda Yahudi jatuhkan ummat Islam), abaikan benda-benda lagha…kerana ada yang lebih mustahak dan penting…untuk kita rebut…PAHALA yang ALLAH sediakan…
Comments