Minta Mak, Kuih Sepotong,
Saya Mahu Makan Kerna Perut Kosong,
Dikala lagu raya tersebut dimainkan, aku teringat akan perjalanan usia kecilku, yang penuh dengan suka duka…. Setiap kali raya, aku acapkali berusaha mahukan DUIT RAYA, emak akan bagi bila aku dapat puasa penuh…
Di tahun satu aku dah mula belajar puasa, memang amat sukar, hingga menggetar badan dibuatnya, bila kali pertama berpuasa, tapi bila masuk hari kedua dan seterusnya… aku mula terasa mudah menahan lapar dan dahaga.
Namun, apabila tiba Darjah 2, aku hanya mampu berpuasa dalam 10hari, hari-hari lain, aku hanya menipu emak dan ayah aku…Aku minum dalam bilik air…Semata-mata mahukan DUIT RAYA…
Namun kini, bila usiaku menjengah 26 tahun, aku mula kembali berfikir, aku betul-betul minta maaf pada emak ayah atas perbuatanku menipu ketika aku darjah 2. Aku amat menyesal dengan perbuatan aku, kenapa aku perlu menipu untuk DUIT RAYA.
Sekarang, aku masih tetap mahukan DUIT RAYA, aku cuba buat yang terbaik, namun masih lagi aku rasa cukup apa yang telah aku usahakan, banyak lagi ruang-ruang kosong yang perlu aku isi dengan amalan-amalan di bulan RAMADHAN.
Aku mahukan DUIT RAYA dari ALLAH, bukan sekarang, tetapi nanti, bila aku telah pergi dari sini. Pada masa itu, aku amat berharap moga DUIT RAYA dari Allah dapat memberi aku kesenangan melangkah ke syurgaNya. Biarlah, diwaktu kecil aku mengejar DUIT RAYA dari mak ayah, tapi di waktu besar, aku tetap mahukan DUIT RAYA, tapi bukan dari ayah, tetapi dari Allah Yang Maha Penyayang.
Doakan aku, wahai sahabat-sahabatku sayang….Aku masih lemah berdepan dengan godaan nafsu dan godaan Syaitan Laknatullah…Moga aku berjaya ke SANA bersama kalian SEMUA. Jangan tinggalkan aku bersendirian….
Comments