29 September 2010 - Tanjung Malim menjadi saksi pertemuan 2 sahabat yang telah terpisah hampir 10 tahun kerana haluan hidup masing-masing. Mohd Ezaidy Zul Sani bin Yahya, nama yang indah dan masih segar dalam ingatan ku, sahabat sekelas sewaktu aku di Tingkatan 1A2 hinggalah ke Tingkatan 3A1 Sek.Men.Keb Abu Bakar Al-Baqir(SABAR), Sg.Gedong, Bagan Serai, Perak tahun 1997-1999. Penangan Facebook telah menemukan kami kembali. Facebook juga telah menemukan kami ex-SABARIAN dan sempat membuat reunion SABAR sewaktu hari raya ke-3 tempoh hari, namun Ezaidy tidak dapat hadir kerana ke Kedah.
Banyak kenangan bersama Ezaidy, salah satu daripadanya adalah ditinggal bas untuk ke Kem Sains di Kuala Gula, sehingga kami terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5km dari masjid Telok Medan ke SABAR.
Masa sejam aku rasakan tidak cukup, namun apakan daya atas tanggungjawab kami pikul, pertemuan kami bersyarat. Kami berkongsi kisah suka duka sahabat-sahabat di SABAR. Majoritinya telah pun berumahtangga.
Harapan moga kami berjumpa lagi di satu masa. Mungkin selepas ini, dia bukan lagi berseorangan tetapi telah memiliki pasangan hidup yang didambakan…InsyaAllah…
Comments