Skip to main content

Bukan Tak Mahu...Tapi…

Bila usia menjengah 50 tahun, akan datanglah satu demi satu penyakit menimpa kita…atas alasan itulah…Kita memberi kenyataan bahawa kita tidak mampu ke majlis-majlis ilmu, ke surau, ke masjid…Sedar atau tidak, ketika usia kita 15 tahun, ketika usia kita 20 tahun, ketika usia kita 30 tahun…di mana kita ketika itu…kita langsung tidak mengendahkan panggilan azan, kita tutup atau alih siaran bila ada kuliah agama di radio dan televisyen, kita lebih suka mendengar lagu berbanding ayat-ayat suci Al-Quran…yang kita tahu…usia masih muda..

Ah..Biarlah umur 50 tahun baru ke masjid ke surau, usia sebegitukan dah makin hampir pada panggilan Tuhan, hampir ke kubur…itulah antara cakap-cakap anak-anak belia seperti juga aku...

Tapi bila usia 50 tahun, kita mula mengeluh, pandangan mata kian kabur, pendengaran kian merosot, otot-otot kian lenguh…BUKAN AKU TIDAK MAHU YA ALLAH, TAPI AKU DAH TAK DENGAR, AKU DAH TAK NAMPAK, AKU DAH TAK KUAT…

Adakah alasan seperti itu akan diterima oleh Allah, adakah alasan itu boleh menjamin kita ke syurga…Fikir-fikirkanlah kita semua, biarkan kita muhasabah sejenak, sepanjang penghidupan kita…adakah kita telah melakukan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ataupun jauh sekali…SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA…Jzkl.


Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...