Halim berjumpa sahabat karibnya,Saed di Shopping Complex. Saed bercadang untuk pulang ke kampung halaman neneknya di Taiping.
“Dah berapa lama tak balik kampung?”, Halim bertanya kepada Saed. “Dah hampir 10 tahun bro”, jawab Saed.”Ingat lagikah jalan ke kampung tu”, tanya Halim.”InsyaAllah”,jawab Saed.
Saed kemudian meminta izin untuk beredar dari situ dan terus memacu keretanya menghala ke Lebuhraya Persekutuan terus ke utara. Dalam hati Saed, tidak langsung berasa risau, walaupun dia hanya mengagak lokasi tempat yang hendak dituju itu. Dalam hatinya terdetik,”Mengapa perlu risau, kalau tak tahu papantandakan banyak”.
Sampai sahaja di Taiping, dia terus memerhatikan papan-papantanda di sekitar tempat tersebut untuk ke destinasinya. Namun, hampir 1jam setengah, masih belum ditemui papantanda yang menyatakan lokasinya, dia sudah sesat di pekan Taiping yang bersambungan ke Kamunting.
Begitulah juga hidup kita, kita memerlukan penunjuk arah, untuk kita sentiasa berada di JalanNya. Jika tiada siapa yang mahu menjadi penunjuk arah, alamatnya, akan ramailah dikalangan kita-kita semakin kesesatan. Kita perlu bersedia menjadi penunjuk arah, dalam masa yang sama juga kita juga bergerak mencari JalanNya. Kadang kala, papantanda disabotaj dan dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, begitu juga penunjuk arah, kadangkala dia diganggu gugat oleh manusia yang dengki akan agama kita kerana mereka masih belum mengerti kesejahteraan Islam. Untuk mengelakkan terjadinya sesuatu kemalangan dan kecelakaan, pastikan penunjuk arah itu mengetahui arah yang betul untuk ditunjuki. Bukan kita terus menerimanya bulat-bulat tanpa memikirkan kerelevennya.
Untuk itu, berhati-hatilah…
Comments