Dating dan berdua-duaan bersama pasangan – Salah
Berpakaian yang menghairahkan – Salah
Berdansa dan berkaraoke hingga lupa dunia – Salah
Berjudi – Salah
Berzina – Salah
Minum Arak – Salah
Kita juga kekadang tidak terlepas dari berhadapan dengan situasi sebegini…
Bila nak keluar ke mana-mana, mereka berfikir kita keluar dating?,
Bila kita ikut keluar makan bersama, mereka ajak ke pusat hiburan?,
Bila keluar ke pusat membeli-belah, mereka ajak tackle awek?,
Bila kahwin, perlu bersanding?
Bila kita ke padang bola bermain, mereka ajak kita lewatkan Maghrib?
Bila kita ke surau, mereka mengata kita alim?
Bila kita buat sesuatu yang baik, mereka memandang pelik pada penampilan kita?
Semuanya tidak kena, apa yang harus kita buat, bila berhadapan situasi begini, mungkin kita akan tertekan, dalam keadaan menjaga hubungan dengan sahabat, kita berusaha membimbing mereka, kekadang mereka mengutuk, mengata kita…
Mengapa kita selalu melayan kehendak dunia, salahkah kita melawan arus / melawan cara hidup manusia normal. Cubalah kita jadikan kita manusia abnormal yang mampu berfikir dan mematuhi segala penetapan Allah S.W.T. Kekadang kita mampu berfikir dan tahu batas-batas yang telah ditetapkan, tetapi atas desakan rakan sebaya, kita buang amalan-amalan baik yang pernah kita lakukan. Kita takut kehilangan kawan, tetapi kita tidak takut bila kita tidak memperoleh Syafaat dari Rasulullah S.A.W. Benarkah tindakan kita ini?
Allah telah meletakkan peraturan-peraturan dalam kehidupan, bukan untuk menyusahkan kita semua, akan tetapi Dia mahu memudahkan kita dan dalam masa yang sama kita tidak akan berhadapan pelbagai masalah yang mungkin akan timbul setelah tindakan kita itu. Kita tidak mengerti, Allah sahaja yang lebih Maha Mengetahui, mengapa masih kita menolak hukum-hakam yang telah ditetapkan olehNya. Terima sahaja peraturan Allah, demi kesejahteraan kita bersama….
Bersamalah kita berdoa, kita terpelihara dari mengikut segala desakan hawa nafsu…Moga kita sentiasa berada dalam keadaan tenang …Ameen.
Comments