Skip to main content

Hari Raya 1431H dalam Kenangan…bersama Kalian…

Sambutan 1 Syawal tahun 1431H ini, jatuh pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Tidak ada perancangan yang direncanakan pada hari tersebut, kerana pada tengaharinya, kaum Muslimin akan kembali ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Pada kebiasaan hari raya, rumah aku tidak pernah kosong dengan kehadiran tetamu, dari kalangan sanak saudara khasnya. Namun, di petang hari, aku sempat juga keluar menziarahi rumah sahabat2x kampungan yang telah lama tidak bersua, maklumlah kebanyakannya keluar merantau, yang tinggal mungkin dalam sepertiga sahaja di kampung.

2 Syawal 1431H, hari sangat dinantikan oleh aku, kerana hari ini aku akan bertemu dengan bakal zaujahku yang amat aku sayang dan rindu, maklumlah sudah lama tidak bertemu, last pertemuan, ketika kami pekan mencari kelengkapan Walimah bersama Kak Ngah. Pada mulanya, Along berkeinginan untuk hadir bersama kami sekeluarga ke rumah bakal zaujati, namun, dia terpaksa ke tempat reunion kawan2xnya terlebih dahulu, anak-anak Along pada mulanya tidak mahu bersama Along, namun apabila diminta Along, mereka terpaksa akur.

Azan zohor berkumandang, dan aku berkesempatan bersolat jemaah di masjid, setelah selesai bersolat, aku dan para jemaah lain menerima undangan kenduri kesyukuran di rumah bersebelahan Masjid Al-Amin. Aku pun terus menerima undangan tersebut, dan terus ke rumah berkenaan yang juga rumah kawan aku sewaktu SK dulu.

Setelah tiba di sana, ayahnya mengumumkan pertunangan anaknya, dan aku sempat bertanyakan adik kawan aku, siapakah gerangan yang bertunang,rupanya…kawan aku sendiri…Aku doakan Nurul Wahidah berbahagia hingga ke hujung usia…amen.

Jam 2.30petang, 2 Syawal, Along menelefon Kak Tam untuk menyatakan kesempatan untuk bersama kami semua ke rumah tunang, tapi kami perlu bergerak ke sana selepas Solat Asar. Aku pun bersetuju, namun setelah 5.00 petang, kelibat Along masih belum muncul, kami terus bergerak ke rumah tunangku. Along tidak sempat bersama kami kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Biasanya di musim perayaan, memang kawasan pekan berdekatan akan mengalami kesesakan, tidak seperti hari-hari biasa.

Along terus menelefon aku, dan memberitahu bahawasanya dia terus ke rumah sepupu kami dan tidak berkesempatan ke rumah tunang, selepas selesai menjamah makanan di rumah tunang, dan sempat juga bertegur dan bermesra dengannya, kami terus ke rumah sepupu yang mana Along telah dahulu gerak ke sana…

Sampai disitu, aku melihat, anak buahku, sudah merah matanya, menangis kerana mahu ikut kami ke rumah tunang…setelah dipujuk…alhamdulillah…

Perjalanan ziarah kami berakhir pada jam hampir 10.00malam.

3 Syawal, aku sempat menemani kawan rapatku melangsungkan pertunangan dengan junior SK kami. Majlis berlangsung dengan meriah dan aku amat gembira…Tahniah Zakuan dan Intan…

Selepas bertunang, aku dan Borhan mengajak Zakuan dan sepupunya ke reunion SK di rumah Azura, namun hanya kami bertiga dapat hadir, tapi seketika di rumah Azura,Ibrahim datang menambahkan lagi bilangan teruna-teruna kampung….

Seterusnya…ke rumah tunangku buat kali kedua bersama-sama mereka semua. Dan setelah itu, mereka semua terus ke rumah kawanku di pekan untuk reunion SM pula. Aku dan Zakuan bergerak ke Taiping, untuk membeli tiket KTM aku dan kakaknya. Sewaktu pulang, aku tersangkut dalam kesesakan.huhuhu…

Setelah sampai ke rumah, aku terus meluru ke dalam untuk laksanakan solat Asar, dan kemudian ke pekan, untuk reunion SM. Aku sempat menemui sahabat2x ikhwah aku…terima kasih Zhafran atas kesudian menerima tetamu untuk reunion di rumah hang….

Penziarahan raya aku berterusan hingga hari ke-10, dari Semanggol hingga ke Kuala Kangsar…aku jelajah…dan hari ini, aku berehat seketika dari ziarah, untuk aku menikmati kemanisan yang Allah titipkan untuk umatnya di bulan Syawal..dan mungkin aku kembali menziarah nanti…

Hari Raya 1431H, aku beraya seorang…tahun 1432H…beraya berdua..InsyaAllah..Ameen..permudahkanlah Ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...