Ahmad, bukan nama sebenar memacu keretanya menuju ke tempat rekreasi lewat 10.00malam bersama teman wanitanya. Dia pun berhenti di satu tempat, dimana kedapatan bangku lepak di taman rekreasi tersebut. Pada malam yang damai dan tenang itu, dia terus membuka pintu kereta dan mengajak teman wanitanya keluar mendapatkan kerusi untuk bersantai. Ahmad telah mengenali Lia, 2 tahun yang lalu, kerana mempunyai minat yang sama, mereka antara pasangan yang sangat serasi, mereka gemar keluar berdua-duaan hingga lewat malam. Namun, walaupun telah lama berkasih, masih belum ada tanda-tanda mereka ingin hidup bersama. Sedang bersenda gurau, tiba-tiba…. “ Maaf encik, saya dari Jabatan Agama Islam, boleh saya tahu maklumat peribadi encik, boleh saya dapatkan IC encik ”, kata seorang dari 5 orang pegawai agama dari Bahagian Pencegah Maksiat. Ahmad tercegang dan kaget, perlahan-lahan dia seluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan IC nya. Dia antara 10 orang yang ditahan malam itu dalam Ops Pencega...