Skip to main content

Sumbangan Bantuan








Saya dan Crew 1 GEMA telah melawat perkampungan orang asli di Kampung Orang Asli, Batu 9 1/2 , Tapah, Perak pada 14 April 2012 yang lalu.



Dalam lawatan tersebut kami sempat menjalankan aktiviti. Kami difahamkan dalam 10 keluarga di perkampungan tersebut hanya terdapat 3 keluarga yang beragama Islam selainnya menganut pelbagai agama. Kehidupan mereka sangat daif, namun sinar Islam telah mula masuk ke dalam jiwa mereka.



Saya tertarik dengan pengerusi surau kampung tersebut, iaitu Mbah Buyong atau nama Islamnya Osman bin Abdullah (Gambar). Dia telah 10 tahun menemui sinar Islam dan merupakan orang yang pertama melafazkan syahadah di kampung tersebut. Kekuatan kepercayaannya kepada Allah s.w.t, dia mampu bertahan dan akan terus mengembangkan syiar Islam di kampungnya. Hasil perbualan kami, dia amat berbesar hati sekiranya dapat kita sesama Muslim menyumbang sedikit wang berjumlah RM600 untuk dia membaiki motorsikalnya yang telah rosak dan tersadai di rumahnya hampir 2 bulan, dan dalam tempoh tersebut dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Diharapkan hasil usaha kita, dia boleh meneruskan pengajian-pengajian Islamnya dan menguruskan segala urusan di Pejabat Agama Islam Tapah.



Selain daripada itu, J/k Dakwah juga berhasrat ingin mengumpul sumbangan bantuan untuk masyarakat orang asli di sana.



Semoga segala keihklasan dalam usaha kita membantu masyarakat Islam dalam menyambung perjuangan dakwah Rasulullah, mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. dan syafaat dari Rasulullah s.a.w.



Sumbangan bolehlah dibuat melalui Akaun Maybank Islamic atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (BATANG PADANG) - 558109300225 atau terus menghubungi saya.



Sekian.



Muhammad Arif bin Mat Saat (0194000954)


Jawatankuasa Dakwah,


Pertubuhan Ikram Malaysia (Batang Padang)

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...