Saya dan Crew 1 GEMA telah melawat perkampungan orang asli di Kampung Orang Asli, Batu 9 1/2 , Tapah, Perak pada 14 April 2012 yang lalu. Dalam lawatan tersebut kami sempat menjalankan aktiviti. Kami difahamkan dalam 10 keluarga di perkampungan tersebut hanya terdapat 3 keluarga yang beragama Islam selainnya menganut pelbagai agama. Kehidupan mereka sangat daif, namun sinar Islam telah mula masuk ke dalam jiwa mereka. Saya tertarik dengan pengerusi surau kampung tersebut, iaitu Mbah Buyong atau nama Islamnya Osman bin Abdullah (Gambar) . Dia telah 10 tahun menemui sinar Islam dan merupakan orang yang pertama melafazkan syahadah di kampung tersebut. Kekuatan kepercayaannya kepada Allah s.w.t, dia mampu bertahan dan akan terus mengembangkan syiar Islam di kampungnya. Hasil perbualan kami, dia amat berbesar hati sekiranya dapat kita sesama Muslim menyumbang sedikit wang berjumlah RM600 untuk dia membaiki motorsikalnya yang telah rosak dan tersadai di rumahnya hampir 2 bulan, dan dalam t...