Gempar seketika bila terlihat kelibat lembaga yang mirip manusia melangkah masuk ke sebuah surau. Lebih mengejutkan, lembaga tersebut terus bertafakur sejenak, mendengar alunan azan Maghrib yang berkumandang oleh bilal yang bertugas. Yang pelik, tiada langsung perasaan gugup atau takut pada perasaan lembaga berkenaan. Apa yang pasti dia terus melakukan solat sunat rawatib selepas muazin menyudahkan azannya. Siapakah dia???Dialah manusia yang berkuku panjang, hadir ke masjid untuk bersolat jemaah. Alhamdulillah, bersyukur pada hari itu, jemaah masjid bertambah dari kebiasaannya. Biarkan dia dengan kuku panjangnya, asalkan dia sudah mula ke rumah Allah, lama kelamaan, kita cuba menasihatinya, dan juga menasihati diri kita sendiri.
Apakah tujuan kehidupan kita wahai kalian saudaraku??? Kita hidup adalah bertujuan untuk mengabdikan diri pada Allah. Bukti yang paling jelas adalah dengan solat. Sebelum solat, kita perlu berwudhu, ketika mengambil wudhu' atau mandi wajib dia hendaklah memastikan air sampai ke anggota wudhu' atau ke seluruh badan termasuk kulit yang berada di bawah kuku yang panjang itu. Oleh itu, yakinkah kita dengan amalan kita sekiranya kita berkuku panjang.
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Jadi kuku adalah sebahagian dari tangan yang merupakan anggota wudhu' yang wajib. Jadi seandainya kuku kita panjang jadi kekotoran akan tinggal di dalamnya. Memotong kuku adalah sunat. Oleh itu menyimpan kuku panjang bukan sunnah Rasulullah saw.
Mengikut fakta sains, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Comments