Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

ESQ – HALAQAH

Suntikan hormon kesedaran kepada semua yang menonton/menyaksikan Program Bicara Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9, Dekat Di Hati disifatkan mampu memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian. Jelas, sesiapa yang benar-benar menghayati setiap patah perkataan yang terkeluar dari jurulatih spritual dan emosi, mungkin boleh mengalirkan air mata. Terima kasih dan tahniah TV9 Sentiasa di Hati….Kami memang memerlukan panduan dan nasihat untuk kami sentiasa berada pada jalan yang benar, jalan yang pasti untuk menemui syurga…. Bagi sesiapa yang terlepas peluang menontonnya, jangan risau, ia program bual bicara yang diadakan setiap minggu….Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya setiap malam Selasa jam 10.00-11.00 malam di TV9.

Bertemu Kembali Ezaidy Zul Sani di Sini

29 September 2010 - Tanjung Malim menjadi saksi pertemuan 2 sahabat yang telah terpisah hampir 10 tahun kerana haluan hidup masing-masing. Mohd Ezaidy Zul Sani bin Yahya , nama yang indah dan masih segar dalam ingatan ku, sahabat sekelas sewaktu aku di Tingkatan 1A2 hinggalah ke Tingkatan 3A1 Sek.Men.Keb Abu Bakar Al-Baqir(SABAR), Sg.Gedong, Bagan Serai, Perak tahun 1997-1999. Penangan Facebook telah menemukan kami kembali. Facebook juga telah menemukan kami ex-SABARIAN dan sempat membuat reunion SABAR sewaktu hari raya ke-3 tempoh hari, namun Ezaidy tidak dapat hadir kerana ke Kedah. Banyak kenangan bersama Ezaidy, salah satu daripadanya adalah ditinggal bas untuk ke Kem Sains di Kuala Gula, sehingga kami terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5km dari masjid Telok Medan ke SABAR. Masa sejam aku rasakan tidak cukup, namun apakan daya atas tanggungjawab kami pikul, pertemuan kami bersyarat. Kami berkongsi kisah suka duka sahabat-sahabat di SABAR. Majoritinya telah pun berumahtangga. Hara

BALIK KAMPUNG!! HATI-HATI BEB

sekadar hiasan Halim berjumpa sahabat karibnya,Saed di Shopping Complex. Saed bercadang untuk pulang ke kampung halaman neneknya di Taiping. “Dah berapa lama tak balik kampung?”, Halim bertanya kepada Saed. “Dah hampir 10 tahun bro”, jawab Saed.”Ingat lagikah jalan ke kampung tu”, tanya Halim.”InsyaAllah”,jawab Saed. Saed kemudian meminta izin untuk beredar dari situ dan terus memacu keretanya menghala ke Lebuhraya Persekutuan terus ke utara. Dalam hati Saed, tidak langsung berasa risau, walaupun dia hanya mengagak lokasi tempat yang hendak dituju itu. Dalam hatinya terdetik,”Mengapa perlu risau, kalau tak tahu papantandakan banyak”. Sampai sahaja di Taiping, dia terus memerhatikan papan-papantanda di sekitar tempat tersebut untuk ke destinasinya. Namun, hampir 1jam setengah, masih belum ditemui papantanda yang menyatakan lokasinya, dia sudah sesat di pekan Taiping yang bersambungan ke Kamunting. Begitulah juga hidu

DATING DENGAN ALLAH

Ringkasan Huraian Kitab Di RADIO IKIM.FM. Untuk perkongsian kita bersama. Ketika kita membuat temujanji: 1. Kita perlulah datang awal sebelum masa temujanji, 2. Berpakaian bersih, kemas dan wangian yang tidak terlalu kuat sehingga menganggu orang lain, 3. Ketika berbual, tumpuan yang sepenuhnya diperlukan, bukan sambil membalas mesej atau mengorek tahi hidung, InsyaAllah, orang sekeliling kita akan berasa senang dengan kita dan akan cuba membantu kita jika kita memerlukan bantuan. Begitu juga situasinya dengan temujanji dengan Allah: 1. Kita perlu menunaikan solat fardhu di awal waktu, 2. Berpakai menutup aurat, bersih, kemas dan bersama sedikit wangian, 3. Tumpuan sepenuhnya kepada solat untuk memperolehi kekushyukan dan bersungguh-sungguhlah, jangan ingat lapar, jangan ingat nak buat apa lepas ni, jangan ingat nak jumpa siapa lepas ni dan sebagainya yang berkaitan dengan urusan dunia yang tak pernah selesai sehingga mati. InsyaAllah, Allah s.w.t akan membant

Today is Mine

Merujuk kepada kitab “La Tahzan” (Jangan Bersedih/ Don’t Be Sad), jadikanlah hari ini milik kita, jangan cuba memikirkan hari semalam yang telah lepas, biarkan ia lepas, apa yang penting, kita usaha yang terbaik hari ini. Mengapa perlu menyesali perbuatan semalam, perkara tersebut telah berlaku dan tidak mungkin akan datang kembali, jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita. Mengapa kita berbangga dengan pencapaian kelmarin kerana hari ini belum tentu kita memperolehi apa yang telah diperolehi semalam. Untuk itu, jadikan “hari ini milikku” untuk terus kita tekun dan bersungguh-sungguh mencari redha Allah, bersungguh-sungguh memohon keampunanNya, bersungguh-sungguh beramal dengan perintahNya, dan bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya.

Ini Tak Boleh, Itu Tak Boleh, Apa Yang Boleh.

Kekadang akan kita hadapi situasi dimana, rakan dan sahabat kita sendiri memberi pelbagai kenyataan mengenai peraturan-peraturan dalam beragama. Dating dan berdua-duaan bersama pasangan – Salah Berpakaian yang menghairahkan – Salah Berdansa dan berkaraoke hingga lupa dunia – Salah Berjudi – Salah Berzina – Salah Minum Arak – Salah Kita juga kekadang tidak terlepas dari berhadapan dengan situasi sebegini… Bila nak keluar ke mana-mana, mereka berfikir kita keluar dating?, Bila kita ikut keluar makan bersama, mereka ajak ke pusat hiburan?, Bila keluar ke pusat membeli-belah, mereka ajak tackle awek?, Bila kahwin, perlu bersanding? Bila kita ke padang bola bermain, mereka ajak kita lewatkan Maghrib? Bila kita ke surau, mereka mengata kita alim? Bila kita buat sesuatu yang baik, mereka memandang pelik pada penampilan kita? Semuanya tidak kena, apa yang harus kita buat, bila berhadapan situasi begini, mungkin kita akan tertekan, dalam keadaan menjaga hubungan dengan sahabat, kita berusaha

Nak Duit Raya

Minta Mak, Kuih Sepotong, Saya Mahu Makan Kerna Perut Kosong, Dikala lagu raya tersebut dimainkan, aku teringat akan perjalanan usia kecilku, yang penuh dengan suka duka…. Setiap kali raya, aku acapkali berusaha mahukan DUIT RAYA, emak akan bagi bila aku dapat puasa penuh… Di tahun satu aku dah mula belajar puasa, memang amat sukar, hingga menggetar badan dibuatnya, bila kali pertama berpuasa, tapi bila masuk hari kedua dan seterusnya… aku mula terasa mudah menahan lapar dan dahaga. Namun, apabila tiba Darjah 2, aku hanya mampu berpuasa dalam 10hari, hari-hari lain, aku hanya menipu emak dan ayah aku…Aku minum dalam bilik air…Semata-mata mahukan DUIT RAYA… Namun kini, bila usiaku menjengah 26 tahun, aku mula kembali berfikir, aku betul-betul minta maaf pada emak ayah atas perbuatanku menipu ketika aku darjah 2. Aku amat menyesal dengan perbuatan aku, kenapa aku perlu menipu untuk DUIT RAYA. Sekarang, aku masih tetap mahukan DUIT RAYA, aku cuba buat yang terbaik, namun masih lagi aku ra

Hari Raya 1431H dalam Kenangan…bersama Kalian…

Sambutan 1 Syawal tahun 1431H ini, jatuh pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Tidak ada perancangan yang direncanakan pada hari tersebut, kerana pada tengaharinya, kaum Muslimin akan kembali ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Pada kebiasaan hari raya, rumah aku tidak pernah kosong dengan kehadiran tetamu, dari kalangan sanak saudara khasnya. Namun, di petang hari, aku sempat juga keluar menziarahi rumah sahabat2x kampungan yang telah lama tidak bersua, maklumlah kebanyakannya keluar merantau, yang tinggal mungkin dalam sepertiga sahaja di kampung. 2 Syawal 1431H, hari sangat dinantikan oleh aku, kerana hari ini aku akan bertemu dengan bakal zaujahku yang amat aku sayang dan rindu, maklumlah sudah lama tidak bertemu, last pertemuan, ketika kami pekan mencari kelengkapan Walimah bersama Kak Ngah. Pada mulanya, Along berkeinginan untuk hadir bersama kami sekeluarga ke rumah bakal zaujati, namun, dia terpaksa ke tempat reunion kawan2xnya terlebih dahulu, anak-anak Along p

Bukan Tak Mahu...Tapi…

Bila usia menjengah 50 tahun, akan datanglah satu demi satu penyakit menimpa kita…atas alasan itulah…Kita memberi kenyataan bahawa kita tidak mampu ke majlis-majlis ilmu, ke surau, ke masjid…Sedar atau tidak, ketika usia kita 15 tahun, ketika usia kita 20 tahun, ketika usia kita 30 tahun…di mana kita ketika itu…kita langsung tidak mengendahkan panggilan azan, kita tutup atau alih siaran bila ada kuliah agama di radio dan televisyen, kita lebih suka mendengar lagu berbanding ayat-ayat suci Al-Quran…yang kita tahu…usia masih muda.. Ah..Biarlah umur 50 tahun baru ke masjid ke surau, usia sebegitukan dah makin hampir pada panggilan Tuhan, hampir ke kubur…itulah antara cakap-cakap anak-anak belia seperti juga aku... Tapi bila usia 50 tahun, kita mula mengeluh, pandangan mata kian kabur, pendengaran kian merosot, otot-otot kian lenguh…BUKAN AKU TIDAK MAHU YA ALLAH, TAPI AKU DAH TAK DENGAR, AKU DAH TAK NAMPAK, AKU DAH TAK KUAT… Adakah alasan seperti itu akan diterima oleh Allah, adakah ala