Skip to main content

Deraian Air Mata Tangisan Kekesalan – KBM Bukit Sentosa, 17-18 Julai 2010.

Assalamualaikum wbr…

Adik-adik kasih dan sayang, sedikit tinta ini adalah untuk kita berkongsi apa yang telah berlaku sepanjang 28 jam.

Pertama sekali, abang menadah kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana telah mengizinkan abang untuk turut serta bersama adik-adik kasih dan sayang kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.

Sesungguhnya, abang sangat gembira bertemu kalian semua, bertemu para fasilitator yang lain dan masyarakat kariah Masjid As-Salam, Bukit Sentosa. Inilah salah satu sumbangan KRJ kepada masyarakat setempat dan insyaAllah, ia akan diteruskan melalui program-program amal sebegini bagi memberi dan menerima segala sumbangan buah fikiran dalam kita mencari Redha Allah.

Adik-adik kasih dan sayang, penglibatan abang-abang / kakak-kakak fasi adalah untuk membantu adik-adik. Kami tidak mengharap apa-apa habuan dari adik-adik, apa yang kami mahu, adik-adik sentiasa diingati dan disayangi. Apa yang penting, kita sentiasa bersama-sama berusaha mencari hakikat kehidupan sebagai seorang Muslim. Ingatlah adik-adik kasih dan sayang, walau kita bukan dari keluarga yang sama, tapi kita adalah saudara, kita adalah adik beradik. Kami sayang adik-adik, kasih dan sayang semua.

Deraian tangisan kekesalan mengiringi kita semua, kita alpa pada keindahan dunia, kita alpa pada tangungjawab kita sebagai hamba, kita alpa akan tanggungjawab kita terhadap ibu, terhadap ayah, terhadap rakan dan sahabat. Abang juga mengakui, abang masih jauh dari Allah, abang juga takut, jika tidak mendapat syafaat dari Rasulullah. Oleh itu adik-adik kasih dan sayang, kita kena kembali ke jalan Allah, kita kena berpegang pada tali Allah. Kita perlu menghayati tujuan penghidupan kita…

Melihat masalah remaja yang kian meruncing, kita perlu berusaha dan bersedia untuk menepis segala dugaan ini, apa yang abang harapkan dari adik-adik kasih dan sayang dan juga diri abang sendiri, kita cuba jauhkan diri kita daripada segala pengaruh maksiat yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kita, malah ia mengundang kepada kesan buruk dalam masyarakat kita.

Doa abang semoga program ini dapat memberi impak yang positif pada diri kita, marilah kita bersama berganding bahu membanteras masalah sosial di kalangan remaja. Janganlah kita bersama dalam permasalahan tersebut, tetapi kita berusaha menyedarkan masyarakat di sekeliling kita. Tanggungjawab di bahu kita, kitalah yang perlu menggalasnya.

InsyaAllah, program ini akan diteruskan, dan mungkin, akan berada di Tanjung Malim pula. Untuk itu, kepada masyarakat Tanjung Malim, para ibu para bapa, berilah sokongan pada program ini, kami tidak mengharapkan sesuatu dari anda, apa yang kami harapkan, perubahan dari diri anak-anak anda, dari diri kita sendiri khususnya. Ingatlah program Keindahan Bersama Mu (KBM) untuk kita semua....

Salam Sayang…Jzkl.

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak,

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k