Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-

Pejuang Tangguh, As-Syahid Sami Zaidan

Madrasah Brigade al Qassam telah banyak mengeluarkan pahlawan mujahidin, termasuk dari kota Tel. Di antara mereka ada yang menjadi pemimpin besar yang banyak dari mereka menjadi perajurit-perajurit yang tidak dikenali yang kini telah bergabung dalam barisan kafilah syuhada’ Palestin. Pahlawan kita kali ini adalah satu di antara pejuang Palestia yang menjadi alumni madrasah Brigade al Qassam. Sami Zaidan, seorang pemuda bertaqwa dan wara’ yang mengenal hak Rabbnya, mengenal hak tanah air dan bumi tempat ia berpijak. Dia keluar dari madrasah al Qassam menjadi mujahid berjuang di jalan Allah. Dialah Sami “Muhammad Samir” Zaidan, lahir di perkampungan Tel berdekatan dengan kota Nablus pada 11 Oktober 1980. Berasal dari keluarga beragama yang hidup dari hasil bertani. Dia adalah anak kelapan dari sebelas bersaudara. Membesar dalam suasana keimanan dan jihad perjuangan. Terdidik mencintai masjid. Sentiasa melaksanakan solat berjema’ah di masjid. Tidak pernah sekalipun terlewatkan solat di ma