Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Dunia Bergoncang....!!! Oleh Tangan-Tangan Itu...

Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini. Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusn

Perkongsian Pengalaman Anak Jati Behrang

Spirit from Palestin to Batang Padang

Alhamdulilah. Pertubuhan Ikram Batang Padang dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad telah berjaya menganjurkan Wacana Sukarelawan Palestin pada 31hb Oktober 2010. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Dr Haji Fakharudin bin Hasim yang merupakan Yang Dipertua IKRAM Perak. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, penunut institusi pengajian tinggi, pensyarah dan masyarakat awam telah menyertai program ini. Dua penyampaian telah disajikan kepada peserta yang hadir. Penyampaian pertama berkisar dengan sejarah Palestin telah disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Azhar bin Zailani , manakala Pengerusi Aqsa Syarif Perak, Ir Megat Sharifudin bin Ibrahim membentangkan tajuk Peranan NGO dalam isu Palestin khususnya berkaitan dengan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Palestin di Gaza yang sedang dipenjara oleh Israel melalui sekatan menyeluruh. SOURCE: http://aqsasyarifbtgpadang.blogspot.com/