Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Kenapa Aku…Bukan Orang Lain……

Ahmad, bukan nama sebenar memacu keretanya menuju ke tempat rekreasi lewat 10.00malam bersama teman wanitanya. Dia pun berhenti di satu tempat, dimana kedapatan bangku lepak di taman rekreasi tersebut. Pada malam yang damai dan tenang itu, dia terus membuka pintu kereta dan mengajak teman wanitanya keluar mendapatkan kerusi untuk bersantai. Ahmad telah mengenali Lia, 2 tahun yang lalu, kerana mempunyai minat yang sama, mereka antara pasangan yang sangat serasi, mereka gemar keluar berdua-duaan hingga lewat malam. Namun, walaupun telah lama berkasih, masih belum ada tanda-tanda mereka ingin hidup bersama. Sedang bersenda gurau, tiba-tiba…. “ Maaf encik, saya dari Jabatan Agama Islam, boleh saya tahu maklumat peribadi encik, boleh saya dapatkan IC encik ”, kata seorang dari 5 orang pegawai agama dari Bahagian Pencegah Maksiat. Ahmad tercegang dan kaget, perlahan-lahan dia seluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan IC nya. Dia antara 10 orang yang ditahan malam itu dalam Ops Pencega

Cakap Jer Lebih…Podah…

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa, baik pak imam, alim ulama’, doktor, professor, pekebun, dan sebagainya, Kekadang, pak imam lebih ketara secara zahirnya dilihat akan kesalahannya, masyarakat selalunya mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai kelakuan tersebut, sebagai contoh, “Cakap tak serupa bikin”, “Nasihat orang je pandai, dia tak pun buat”, “Pigilah tok imam, cakap je lebih”…dan seumpama dengannya… Wahai sekalian sahabat yang di sayangi sekalian, seandainya kita berhadapan dengan insan seperti ini, janganlah kita terus menghentam, akan tetapi jadikannya sebagai satu ujian kepada kita, samada kita hendak menegurnya atau pun tidak. Mungkin sebenarnya dia terlupa atau terleka akan ketelanjurannya. Sedarkanlah dia, kerana dia pastinya pasti menerima ujian dari Allah berkaitan ilmu yang telah dia sebarkan. Samada dia mampu bergerak seiring dengan panduan yang telah dia perkatakan atau tidak. Dalam sebuah hadits disebutkan: “Bila salah seorang dari kamu

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k

1,000,000 versus 000,000,1

1 diistilahkan sebagai Iman dan Islam, 0 diistilahkan sebagai Dunia. 1,000,000 lebih Nampak tinggi nilainya berbanding 000,000,1 kerana penambahan 0 tidak nampak penambahan nilai tetapi ia tetap sama, iaitu nilainya = 1. Itulah yang dapat dipetik daripada tazkirah ringkas tempoh hari. Kesimpulannya, letakkanlah Iman dan Islam sebagai yang utama, setelah itu barulah Dunia kerana ia akan bernilai dan dinilai oleh Allah, akan tetapi sesiapa yang meletakkan Dunia sebagai yang utama, walaupun kebanyakan Dunia, nilai Iman dan Islam tetapi satu, tidak akan bertambah, sebanyak mana dunia ini ditambah…

Pontianak di Surau

Gempar seketika bila terlihat kelibat lembaga yang mirip manusia melangkah masuk ke sebuah surau. Lebih mengejutkan, lembaga tersebut terus bertafakur sejenak, mendengar alunan azan Maghrib yang berkumandang oleh bilal yang bertugas. Yang pelik, tiada langsung perasaan gugup atau takut pada perasaan lembaga berkenaan. Apa yang pasti dia terus melakukan solat sunat rawatib selepas muazin menyudahkan azannya. Siapakah dia??? Dialah manusia yang berkuku panjang, hadir ke masjid untuk bersolat jemaah. Alhamdulillah, bersyukur pada hari itu, jemaah masjid bertambah dari kebiasaannya. Biarkan dia dengan kuku panjangnya, asalkan dia sudah mula ke rumah Allah, lama kelamaan, kita cuba menasihatinya, dan juga menasihati diri kita sendiri. Apakah tujuan kehidupan kita wahai kalian saudaraku??? Kita hidup adalah bertujuan untuk mengabdikan diri pada Allah. Bukti yang paling jelas adalah dengan solat. Sebelum solat, kita perlu berwudhu, ketika mengambil wudhu' atau mandi wajib dia hendaklah

Mulut Batu

Pernah tak anda seperti ana? Bagi diri ana sendiri, ana kekadang terlupa dan tak endah bila ada seseorang insan menghulurkan bantuan kepada ana. Kekadang insan tersebut, belanja makan, kekadang insan tersebut meluangkan masa sibuknya untuk ana, kekadang insan tersebut, terpaksa mengeluarkan wang simpanannya untuk diri ana…Ana selamba je, tak langsung mengucapkan terima kasih…Berat sangatkah mulut ana nak ucapkan ucapan terima kasih…walhal bercakap hal-hal lain ana boleh…Ya Allah….Maafkan aku… Wahai sekalian sahabat, sekalian yang istimewa dan teristimewa, jika pernah ana terlupa untuk mengucapkan terima kasih, maafkan lah ana, tak pernah terlintas di hati ana untuk tidak menghargai jasa kalian, mungkin di saat itu ana terlupa, ana terleka…Ana amat menghargai semua yang telah membantu ana, yang telah mendengar keluhan ana, yang sentiasa berdampingan dengan ana… Ana tak mahu, Allah mencabut nikmat berkata-kata. Ana mohon kemaafan pada semua..TERIMA KASIH SEMUA..

Tangisan Lelaki

Pernahkah anda, tika bertandang ke majlis akad seseorang, anda melihat mempelai lelaki mengalirkan air mata selepas ijab dan qabul. Adakah bagi anda ia adalah sangat pelik?...Adakah air mata seorang lelaki amat sukar untuk dikeluarkan?...Namun ada juga sesetengah lelaki langsung tidak ada tanda-tanda mengeluarkan air mata, malah terus tersenyum. Sebenarnya, lelaki yang mengalirkan air mata ini, adalah lelaki yang memikirkan akan tanggungjawab yang terpaksa dia pikul setelah menjadi seorang suami, samada dia boleh menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga atau tidak. Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak . Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keser

Saya Putar Halim…Wang Besar, Wang Besar, Wang Besar…….(RODA IMPIAN)

TIDAK ada orang mau miskin. Semua ma h u kaya, hidup mewah dan mahu urusan duniawi dimudahkan. Tidak ada yang ma h u miskin, kekurangan, apalagi melarat. Semua ma h u hidup senang di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya. Bahkan seba ha gian dari mereka berusaha agar menjadi kaya dengan apa cara sekali pun. Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang penting boleh kay a. Sesuai dengan sabda Rasul u llah s . a . w “Berjuanglah kamu di dunia seolah olah kamu bakal hidup selama lamanya dan beribadatlah kamu kepada Allah seolah olah kamu akan mati esok”. Di samping itu, ada juga doa yang diajarkan oelah Rasul u llah s . a . w agar meminta kepada Allah kemiskinan . “Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin”. Suatu ketika Rasul u llah pernah ditanya tentang s y urga dan ahlinya, beliau menjelaskan bah

Jalan-Jalan Cari Ikhwan….JOM LEEEER…

Ukhwah antara Muslim patut sentiasa disemai bagi memastikan keteguhan dan kekuatan kesatuan ummah yang amat disukai oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah Ali ‘Imran : Ayat 112) Juga dari hadith Rasulullah yang bermaksud: “Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” - Sahih Bukhari Untuk membina perpaduan sesama umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t: Yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara ” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10) Ayat di atas mengambarkan kepada kita b

Jom Heboh, Sure Heboh

Kewajipan setiap Muslim adalah menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada sekalian manusia, menyeru umat Islam ke jalan ma’ruf, dan mencegahnya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sebagai seorang Muslim, kita sudah sepatutnya mampu mengislamkan diri sendiri dan mengembalikan perbuatan untuk selalu terikat kepada kepentingan dakwah. Perkataan dan perbuatan umat Islam perlu serasi dan selalu meletakkan potensi yang dimilikinya untuk memajukan dakwah Islam. Al-Quran selalu member motivasi kepada umat Islam supaya bangkit untuk berdakwah. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Ali Imran- 104) Di dalam surah lain pula: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amalan yang soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang Islam” (Surah Fush-shilat- 33) Kemudian di ayat lain dikatakan:

"WONDERPETS", "WONDERPETS"

Apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”, apa yang penting, “kerjasama”. Sikap “WONDERPETS” memerlukan interaksi antara makhluk sesama makhluk. Seperti interaksi 3 haiwan peliharaan “WONDERPETS” iaitu anak itik, anak hamster, dan anak kura-kura. Akan tetapi, persoalannya WONDERPETS yang bagaimana? Adakah dengan tujuan merosakkan harta orang lain atau menganggu ketenteraman orang awam di panggil sikap kerjasama. Ditegaskan dalam al-Qur'an bahwa manusia selalu mengadakan hubungan dengan Tuhannya dan juga mengadakan hubungan dengan sesama manusia. Kesediaan untuk memperhatikan kepentingan orang lain, dalam hal ini adalah tolong-menolong / kerjasama. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur'an surat al-Maidah ayat 2, sebagai berikut : "Dan tolong menolong-menolong kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran". Ayat ini merupakan penegasan perintah dari Allah SWT akan kewajiban tolong-menolong dalam k

Marahkan Allah

Bila ditegur, ditengking balik, bila dinasihat, dimarahi blk.....adakah ana bersalah, adakah menyayangi org lain itu salah....kenapa ana menasihat dan menegur, adakah ana membenci sahabat....tidak....ana tidak benci sesiapa...melainkan ana sayang semua....yang sahabat marahkan bukan ana, tetapi Allah, Dia yang meletakkan syarat-syarat untuk kebaikan manusia, bukan keburukan...ana tak ambil hati...biarlah Allah tambahkan ketenangan diri untuk terus menyayangi sahabat....kerana dengan menyayangi..ana akan terus berbakti...memberi nasihat dan teguran...untuk sama-sama kita berusaha ke jalan Allah... Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita. Pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan menutup aur

Deraian Air Mata Tangisan Kekesalan – KBM Bukit Sentosa, 17-18 Julai 2010.

Assalamualaikum wbr… Adik-adik kasih dan sayang, sedikit tinta ini adalah untuk kita berkongsi apa yang telah berlaku sepanjang 28 jam. Pertama sekali, abang menadah kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana telah mengizinkan abang untuk turut serta bersama adik-adik kasih dan sayang kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Sesungguhnya, abang sangat gembira bertemu kalian semua, bertemu para fasilitator yang lain dan masyarakat kariah Masjid As-Salam, Bukit Sentosa. Inilah salah satu sumbangan KRJ kepada masyarakat setempat dan insyaAllah, ia akan diteruskan melalui program-program amal sebegini bagi memberi dan menerima segala sumbangan buah fikiran dalam kita mencari Redha Allah. Adik-adik kasih dan sayang, penglibatan abang-abang / kakak-kakak fasi adalah untuk membantu adik-adik. Kami tidak mengharap apa-apa habuan dari adik-adik, apa yang kami mahu, adik-adik sentiasa diingati dan disayangi. Apa yang penting, kita sentiasa bers

Ayuh...Masjid dan Surau Rumah Kedua

Surau Wastiah dah berwajah baru.... Malam 15hb Julai 2010, tercatat sejarah baru di Kampung Keliang, Kalumpang. Surau baru secara rasminya telah dapat digunakan...Kelihatan ramai yang hadir memeriahkan majlis bacaan Ya'asin yang diulang sebanyak 3 kali, selepas waktu Maghrib dan kemudian diikuti Solat Isyak berjemaah, kemudian tahlil. Saya kagum dengan sambutan yang diberikan, moga dihari-hari seterusnya, akan bertambahlah jemaah yang mengunjungi surau...kerana kita tahu apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggal

Ko Ape Hal...???

“Lantak pi lah…Kau jaga kubur kau…Biar aku jaga kubur aku…Dosa aku, biarlah aku tanggung sendiri…apa kau peduli”. Itulah antara cebisan ayat yang memerlukan kita menghayati maksud yang mendalam…Salahkah dia berbicara begitu, salahkah kita menegur dia sesama Muslim…Jika kita seorang pendakwah, kita akan selalu berhadapan dengan situasi sedemikian…adakah seorang pendakwah akan berundur dari medan dakwahnya…sudah pasti tidak…kita perlu secara halus menasihatinya. Dakwah bukan secara lisan semata-mata, tapi melalui tingkah laku dan budi pekerti. Untuk itu kita perlu mendekati semua orang, tak kira tua, muda, miskin, dan kaya. Jangan biarkan dia terus hanyut, jika dia hanyut…di suatu masa jika dia dipanggil oleh Allah s.w.t, dia akan menyalahi kita umat Muslim kerana tidak pernah mencuba menjelaskan kesesatan dan kejahilannya, tidak cuba menariknya kembali ke jalan yang mulia, tidak cuba menyedarkannya. Adakah kita mahu dipersoalkan kelak…Oleh itu, nasihat menasihatilah antara kita…untuk ke

Khutbah Jumaat - Keruntuhan Akhlak Remaja

HULU SELANGOR, 9 Julai - Hari ini khatib berjaya menarik perhatian audian dengan menjelaskan isu keruntuhan akhlak remaja yang semakin tenat dewasa ini...Pada yang tertidur, yang terlelap, yang terliur ketika khtib membaca khutbah, mereka tertanya-tanya, benarkah ia makin meruncing...Dalam khutbah tersebut, khatib berbicara mengenai didikan dari rumah...Untuk membentuk sesebuah keluarga yang sakinah, ia perlu dimulai dengan "walid", "abi", "abah", "ayah", "papa". Kita perlu lihat diri kita, sebelum melihat pada anak-anak...sudahkah kita mampu berubah mungikut lunas agama...jika tak, kita pasti berusaha, kerana Allah pasti akan sentiasa bersama kita...supaya kita, sebagai model, dalam keluarga sakinah...Jzkl.

Semua Sama

Tertarik apabila mendengar lagu daripada persembahan Kumpulan Nasyid The Fikr, lagu yang berkisar mengenai kehidupan manusia di dunia, semua manusia dianugerahkan kelebihan tersendiri. Namun, dalam meniti perjalanan hidup di dunia ini, ramai manusianya meletakkan material sebagai yang utama,namun bagi Allah, bukan beerti kebanyakan material menjadi kita di pandang Allah,tetapi akan di pandang sekiranya kebanyakan material itu digunakan untuk kemaslahatan umat manusia bukan hanya pada peribadi dan keluarga.