Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

BUSUKNYA BAU BANGKAI BABI

Jumaat, 26 Ogos 2010, kampung tempat aku bermain polis sentry, combat-combat telah didatangi makhluk berhidung rata yang berkemungkinan sesat. Kebiasaannya, binatang itu boleh dilihat di kawasan kebun kelapa aku, tapi kali ini, dia telah melintasi kampung aku…Kelibatnya disedari jiran aku (a.k.a Along), lalu terus memberitahu ayah. Ayah dengan pantas mengambil senapangnya, dan terus meluru keluar untuk menjejaki babi tersebut. Dengan penuh yakin, muncung senapang ayah dihalakan ke arah babi tersebut, “DAM” bunyi tembakan memecah keheningan pagi Jumaat itu. Ayah melihat babi tersebut tersembam jatuh, namun dalam 2 ke 3 minit, ia bangun kembali, dan terus berjalan…Ayah kira tembakannya tidak tepat….Perkiraan ayah nyata tepat setelah sepupu aku pun mencari-cari babi tersebut…Namun tiada.. Namun, pada Ahad petang, anak jiran sebelah kanan rumah kami (a.k.a anak Mak Ngah), yang pada masa itu balik melihat rumah maknya, terbau sesuatu yang amat meloyakan. Dia terus meneliti setiap inci kaw

KITA DIKUASAI NAFSU…

Bulan puasa, bulan penuh kerahmatan…bulan yang dijanjikan pengampunan… Namun, apakah kita menghayati bulan ini sebaik mungkin?. Tazkirah Ustaz Shamsudin di IHaB setelah solat sunat tarawikh semalam, menyentak hati kecilku, betapa aku masih jauh dari redha Allah. Ustaz menjelaskan,”bukan anak jantan, jika tidak dapat khatam quran sepanjang Ramadhan ini walaupun hanya sekali”. Aku mengambil serius soal ini, betapa penekanan kepada penghayatan Ramadhan amat-amat dititikberatkan. Bukan bermakna ustaz hendak menyindir sesiapa tapi seikhlas hati dia mahu aku berubah ke arah yang lebih baik. Jika dulu sewaktu kecil aku tidak tahu membaca Quran, namun kini sedikit demi sedikit aku sudah perbaiki diri. Namun, pembaikan itu, belum cukup, dan perlu ditambah-tambahkan dan beristiqamah dengannya. Lebih baik berdikit dalam perubahan dan beristiqamah dengannya daripada berubah secara drastik, tetapi tidak istiqamah. Apa yang membuat aku gagal untuk khatam Quran pada sela masa yang aku impi dan target

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM/MISKIN MAAHAD TAHFIZ AMAL NUR QASEH, KAMUNTING.

Pada 29 Ogos 2010, aku telah bersama menyertai majlis berbuka puasa bersama adik-adik yang amat disayangi, anak-anak yatim / miskin di Simpang, Taiping. Bermula acara, ucapan daripada pengajur dan kemudian diikuti ucapan daripada pengetua maahad sendiri. Dalam ucapan tersebut, pengetua telah menceritakan pengalaman mereka bagaimana mereka mengambil anak-anak yatim dan miskin ini, satu daripada pengalamannya adalah, dia terpaksa berhadapan dengan keluarga yang terlalu daif, bapa pada pelajar tersebut adalah penagih dadah tegar, selain itu juga, ada diantara adik-adik tersebut telah dijual oleh ibu dan ayah mereka...semuanya mempunyai kisah-kisah tersendiri… Selepas menjamah juadah ‘ALA KARD’, adik-adikku sayang menunaikan solat fardhu Maghrib, kemudian menikmati juadah makanan ‘BERAT’. Disitu, satu lagi detik yang menyebabkan hatiku sebak…seorang di kalangan mereka tidak dapat menghabiskan makanan yang telah terhidang di dalam pinggan, sahabatnya di sebelah, telah menyuruh untuknya meng

Dikasihi dan Mengasihi

Apa yang kita lakukan bila ada insan yang menyayangi kita dan sanggup berkorban demi kita?. Tentulah bagi seorang yang normal, kita akan membalas segala kasih sayang yang telah diberikan, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Namun, bagaimana pula kita dengan Allah? Anugerah yang diterima setiap detik, mencurah-curah kepada kita semua. Akan tetapi, kita masih jauh dari Nya, walaupun begitu, Dia tetap memberikannya kepada insan yang dikasihinya? apa yang kita mahukan? apa yang kita perlukan? Bila kita lapar, kita dapat menjamah makanan, adakah kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas rezeki yang diberikan-Nya?. Bila kita sakit, dia disembuhkan, adakah kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya setelah kita sihat?. Kita seolah-olah tidak menghargai Allah, sebaliknya kita lebih menghargai insan. Walhal, nikmat Allah lebih banyak, dan Allah jugalah yang menggerakkan hati-hati insan untuk menyayangi kita. Wahai saudaraku yang amat ku say

Aku Mahu Jadi Jentera

Ibu… Anakmu ini mahu jadi jentera… Aku mahu jadi penggerak dalam perubahan, Aku mahu kita semua memahami akan asbab kelahiran… Aku mahu berkorban demi semua manusia… Aku amat sayang semua… Ibu… Aku tak boleh lihat orang lain menangis duka, Aku tak boleh lihat orang lain alpa, Aku tak boleh lihat orang lain papa, Aku akan cuba membantu sedaya aku, Walau ku tahu, aku tak sehebat manusia biasa, Ibu, Aku mahu perkenan dan doa darimu, Doakan kekuatan diri aku menghadapi sekalian ragam manusia, Keranaku tahu, jika aku lemah, mustahil aku boleh bergerak, Ibu, Aku tak sanggup melihat rakanku leka dengan menagih, Aku tak sanggup melihat rakanku berfoya-foya, Aku tak sanggup melihat rakanku merempit, Apa yang aku mahu... Malaysia AMAN… Ameen... Hamba ALLAH, 23 Ogos 2010 - Semanggol, Perak.

Malam Yang Kebiasaan Dilalui…

Malam 1 Ramadhan, sudah menjadi kebiasaan, hampir ke semua rumah-rumah Allah dipenuhi ratusan umat Muhammad s.a.w, datang untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Terang benderang cahaya lampu rumah-rumah Allah, malah bagi kita yang tidak pernah datang berjemaah juga tidak terkecuali ingin merebut peluang kedatangan Ramadhan. Gembira benar, sekalian malaikat yang turut mengunjungi rumah Allah, mereka bersemangat untuk menemui Allah bagi mempersembahkan apa yang mereka lihat. Malam 15 Ramadhan, sudah beransur sedikit bilang umat Muhammad s.a.w yang bertandang, rumah-rumah Allah tidak lagi terang seperti di malam-malam awal Ramadhan, yang si tua, mengadu sakit-sakit, lenguh-lenguh sendi untuk beribadat,yang si muda, ada majlis-majlis berbuka bersama sahabat handai, yang si kecil, tengah sibuk bermain mercun. Malam-malam Akhir Ramadhan, itulah cabaran yang makin hebat, sudah lumrah resam kita, masjid hanya tinggal 1 ke 2 saf, tidak seperti di awal Ramadhan, umat Muhammad telah berasa cukup d

“ARAK” Juadah Berbuka Puasa

Kaget seketika apabila menonton Buletin Utama, TV3, edisi 19 Ogos 2010. Sayu hati…aku bermohon berbanyak-banyak berdoa kepada Allah moga aku tidak sama mengikuti apa yang telah terjadi. Aku takut dan risau, dalam menghadapi dunia moden serba mencabar, aku takut terpesong dari jalan Allah, tiada siapa di dunia yang “perfect”, termasuk juga aku, mungkin tidak hari ini, mungkin esok, mungkin tidak esok, mungkin lusa, cabaran datang dan pergi, iman sentiasa turun naik, bagai gelombang. Aku pun belum tentu, dimana tahap keimananku, adakah masih dibawah, yang mana bila-bila masa sahaja terdorong untuk terpengaruh dengan apa saja dugaan…Tapi yang pasti aku takut…Aku masih Pencari Tuhan… Paparan di bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang penuh barakah mengenai masyarakat Islam bercanda dan berdansa sambil mabuk di kelab-kelab malam menunjukkan kita, bahawa kita masih tidak dapat menguasai nafsu…Itulah ujian Allah di bulan Ramadhan.Aku tidak tahu apakah hukumnya…aku bukanlah insan yang ti

Innallaha Ma'as-sabirin ...

Barangkali, pernah kita terhimpit antara amanah dan ukhwah. Adakah demi menjaga perasaan antara ikhwah kita terpaksa menggadaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan…Yang mana lebih penting?? Mengupas isu ini, ana sendiri binggung…tetapi ana masih percaya jika kita menjalankan amanah secara telus, Allah akan bersama kita, Allah akan sentiasa menjaga hubungan ukhwah antara sesama manusia. Namun, dalam menjalankan amanah, kadangkala menekankan pihak lain. Maaf didahulukan kepada semua pihak jika terpaksa bersama menanggung amanah yang telah diberikan. Bukan bercadang untuk menyusahkan, tetapi demi memenuhi kehendak yang telah direncanakan. Jika terdapat selisih faham, sabar adalah sangat-sangat perlu, kerana kita tidak minta untuk bermasam muka, tetapi kita minta manis muka…Jangan kerana amanah, kita pendam dendam dalam hati…tetapi kita terimanya sebagai memenuhi amanah Rabbi.

Senyum Lebih Baik Dari Bercakap…

“Kerana Mulut Badan Binasa” peribahasa Melayu yang selalu mengambarkan bahawasanya mulut ataupun percakapan mungkin menjadi punca kepada pergaduhan atau permusuhan. Oleh yang demikian, jika kita berada dalam situasi ingin menjaga perasaan seseorang walau dalam tidak bersetuju dengan idea yang diketengahkan, kita perlulah senyum. Bukan bermakna kita bersetuju, tetapi memberi perhatian kepadanya mengutarakan pendapatnya, setelah itu, barulah kita menyuarakan pendapat kita dalam keadaan susun kata yang baik dan dalam masa yang sama tidak menyinggung perasaan orang lain. Rasulullah SAW telah bersabda, Maksudnya: " Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam." Rasulullah SAW bersabda “ Kalau boleh cakap baik, cakaplah kerana Allah, kalau tak boleh, kita diam, diamlah kerana Allah.” Rasulullah SAW bersabda : “Pangkal segala perkara adalah agama Islam, tiangnya solat lima waktu dan puncak dari segala perbuatan baik adalah jihad, l

AMALAN YANG MESTI DILAKUKAN BAGI MENGELAKKAN GANGGUAN JIN/SYAITAN

1. Sentiasa menunaikan solat berjamaah 2. Berwuduk dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum tidur. 3. Jangan menggantung apa-apa gambar bernyawa (binatang/manusia) dalam rumah. 4. Memulakan sesuatu dengan membaca Bismillah 5. Banyakkan Zikir 6. Membaca zikir berikut 100x selepas solat Subuh لا إلهَ إلاّ اللّهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ المُـلْكُ ولهُ الحَمْد، وهوَعلى كلّ شَيءٍ قَدير 7. Elakkan tidur / tinggal bersendirian. 8. Bagi wanita, hendaklah sentiasa menutup aurat. 9. Membanyakkan amalan sunat. 10. Membaca surah Al-Baqarah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga hari. 11. Membaca dan mendengar Yaasin selepas solat Subuh. 12. Ayat-ayat Quran yang elok dibaca dan didengar ialah Al-Baqarah 1-5, 163-164, 255-257, 285-286, Al-Imran 18-19, Al-A’raf 54-56, Al-Mukminun 115-118, As-Soffat 1-10, Al-Ahqaf 29-32, Ar-Rahman 33-36, Al-Hasyr 21-24, Al-Jin 1-9, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas. 13. Membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. 14. Jangan mendengar nyanyian