Skip to main content

Kenapa Aku…Bukan Orang Lain……

Ahmad, bukan nama sebenar memacu keretanya menuju ke tempat rekreasi lewat 10.00malam bersama teman wanitanya. Dia pun berhenti di satu tempat, dimana kedapatan bangku lepak di taman rekreasi tersebut. Pada malam yang damai dan tenang itu, dia terus membuka pintu kereta dan mengajak teman wanitanya keluar mendapatkan kerusi untuk bersantai. Ahmad telah mengenali Lia, 2 tahun yang lalu, kerana mempunyai minat yang sama, mereka antara pasangan yang sangat serasi, mereka gemar keluar berdua-duaan hingga lewat malam. Namun, walaupun telah lama berkasih, masih belum ada tanda-tanda mereka ingin hidup bersama. Sedang bersenda gurau, tiba-tiba….

“ Maaf encik, saya dari Jabatan Agama Islam, boleh saya tahu maklumat peribadi encik, boleh saya dapatkan IC encik”, kata seorang dari 5 orang pegawai agama dari Bahagian Pencegah Maksiat. Ahmad tercegang dan kaget, perlahan-lahan dia seluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan IC nya. Dia antara 10 orang yang ditahan malam itu dalam Ops Pencegahan Maksiat oleh Jabatan Agama Islam.


Semasa sesi kaunseling, dia terus bertanya pada pegawai agama, “Kenapa aku yang kau cekup, banyak lagi pasangan yang lain, yang lebih dasyat, bermalam di hotel-hotel dan tempat-tempat yang lebih eksklusif”, kata Ahmad.


Dengan tenang, pegawai agama tersebut menjawab, “Encik patut bersyukur, kerana Allah masih menyayangi encik, Dia memilih encik, supaya encik cepat sedar akan kesalahan encik sebelum malaikat maut memanggil encik. Ingatlah encik, semua manusia memang gembira bila dapat bermesra terutama bersama pasangan, termasuk juga saya, namun kemesraan akan lebih indah bila bersama pasangan yang tidak diakad, godaan syaitan amat kuat, supaya kita leka dan bersamanya dalam neraka Allah. Hidup kita tak lama, kita perlulah sentiasa bersedia, kalau dipanggil Allah dalam keadaan beriman, Alhamdulillah, jika tidak, nauzubillah….Sama-samalah kita berusaha ya encik…”.


Kesedaran mula timbul di hati Ahmad, tidak semena-mena air mata bagai tidak dapat disekat lagi, terus mengalir keluar…inilah air mata kekesalan…marilah kita semua berdoa untuk kita-kita semua…supaya terpelihara dari mendekati zina…Jzkl.

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

Media Fasik...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”[Al Hujuraat:6] Ayat di atas menjelaskan satu kejadian di zaman Nabi. Ketika itu Al Harits menghadap Nabi. Dan Nabi mengajaknya masuk ke dalam Islam. Al Harits pun bersyahadah masuk ke dalam Islam. Nabi mengajaknya untuk membayar zakat. Al Harits menyanggupinya dan berkata: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada kaumku dan mengajak mereka masuk Islam dan membayar zakat. Aku akan mengumpulkan zakatnya. Jika telah tiba waktunya, kirimlah utusan untuk mengambil zakat.” Akhirnya Nabi mengutus Al Walid bin ‘Uqbah untuk mengambil zakat pada Al Harits. Namun sebelum sampai di tempat, Al Walid takut dan akhirnya pulang dan memberi laporan palsu pada Nabi. Katanya Al Harits tidak mau membayar zakat bahkan mengancam akan membunuhnya. K...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...