Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Pengaruh Didikan Keluarga Penting Untuk Pembangunan Minda Dan Kesejahteraan Emosi Anak-Anak. Sejauhmanakah Kebenarannya?

Oleh : Muhammad Arif Bin Mat Saat Emel : arif@jpphb.upsi.edu.my Abstrak Seorang anak adalah individu tersendiri yang bergantung kepada kepada ibu bapa, datuk, nenek, adik-beradik dan ahli keluarganya yang lain dalam proses pembangunan minda dan kesejahteraan emosi mereka. Didikan yang sempurna oleh keluarga akan menjadikan anak-anak seorang insan yang berpotensi minda dan sejahtera emosinya. Ramai kanak-kanak dan remaja gemar mencuri, ponteng sekolah, dan melakukan perkara yang jahat semata-mata ingin menarik perhatian ibu bapa mereka. Masalah anak jenis ini lebih merupakan satu kesan sampingan yang teruk akibat didikan keluarga yang kurang mengambil tahu akan anak mereka sehingga mereka merasakan diri mereka diketepikan. Oleh itu, saranan menerusi literature kitab-kitab Islam akan digunapakai untuk menjawab persoalan yang timbul. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan melihat sejauh mana didikan keluarga dapat menpengaruhi pembangunan minda dan kesejahteraan emosi anak-anak. K