Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Sumbangan Bantuan

Saya dan Crew 1 GEMA telah melawat perkampungan orang asli di Kampung Orang Asli, Batu 9 1/2 , Tapah, Perak pada 14 April 2012 yang lalu. Dalam lawatan tersebut kami sempat menjalankan aktiviti. Kami difahamkan dalam 10 keluarga di perkampungan tersebut hanya terdapat 3 keluarga yang beragama Islam selainnya menganut pelbagai agama. Kehidupan mereka sangat daif, namun sinar Islam telah mula masuk ke dalam jiwa mereka. Saya tertarik dengan pengerusi surau kampung tersebut, iaitu Mbah Buyong atau nama Islamnya Osman bin Abdullah (Gambar) . Dia telah 10 tahun menemui sinar Islam dan merupakan orang yang pertama melafazkan syahadah di kampung tersebut. Kekuatan kepercayaannya kepada Allah s.w.t, dia mampu bertahan dan akan terus mengembangkan syiar Islam di kampungnya. Hasil perbualan kami, dia amat berbesar hati sekiranya dapat kita sesama Muslim menyumbang sedikit wang berjumlah RM600 untuk dia membaiki motorsikalnya yang telah rosak dan tersadai di rumahnya hampir 2 bulan, dan dalam t

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak,