Skip to main content

Posts

Media Fasik...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”[Al Hujuraat:6] Ayat di atas menjelaskan satu kejadian di zaman Nabi. Ketika itu Al Harits menghadap Nabi. Dan Nabi mengajaknya masuk ke dalam Islam. Al Harits pun bersyahadah masuk ke dalam Islam. Nabi mengajaknya untuk membayar zakat. Al Harits menyanggupinya dan berkata: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada kaumku dan mengajak mereka masuk Islam dan membayar zakat. Aku akan mengumpulkan zakatnya. Jika telah tiba waktunya, kirimlah utusan untuk mengambil zakat.” Akhirnya Nabi mengutus Al Walid bin ‘Uqbah untuk mengambil zakat pada Al Harits. Namun sebelum sampai di tempat, Al Walid takut dan akhirnya pulang dan memberi laporan palsu pada Nabi. Katanya Al Harits tidak mau membayar zakat bahkan mengancam akan membunuhnya. K
Recent posts

Muslimkah kita?...

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."  ( Al Baqarah: 208-209 ) Jadi, menjadi persoalan..Apakah dengan mengamal Islam dikala lahir, kahwin, pembahagian harta dan kematian, telah cukup sempurna ke Islaman kita? Fikir-fikirkanlah...

Sumbangan Bantuan

Saya dan Crew 1 GEMA telah melawat perkampungan orang asli di Kampung Orang Asli, Batu 9 1/2 , Tapah, Perak pada 14 April 2012 yang lalu. Dalam lawatan tersebut kami sempat menjalankan aktiviti. Kami difahamkan dalam 10 keluarga di perkampungan tersebut hanya terdapat 3 keluarga yang beragama Islam selainnya menganut pelbagai agama. Kehidupan mereka sangat daif, namun sinar Islam telah mula masuk ke dalam jiwa mereka. Saya tertarik dengan pengerusi surau kampung tersebut, iaitu Mbah Buyong atau nama Islamnya Osman bin Abdullah (Gambar) . Dia telah 10 tahun menemui sinar Islam dan merupakan orang yang pertama melafazkan syahadah di kampung tersebut. Kekuatan kepercayaannya kepada Allah s.w.t, dia mampu bertahan dan akan terus mengembangkan syiar Islam di kampungnya. Hasil perbualan kami, dia amat berbesar hati sekiranya dapat kita sesama Muslim menyumbang sedikit wang berjumlah RM600 untuk dia membaiki motorsikalnya yang telah rosak dan tersadai di rumahnya hampir 2 bulan, dan dalam t

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak,

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-

Pejuang Tangguh, As-Syahid Sami Zaidan

Madrasah Brigade al Qassam telah banyak mengeluarkan pahlawan mujahidin, termasuk dari kota Tel. Di antara mereka ada yang menjadi pemimpin besar yang banyak dari mereka menjadi perajurit-perajurit yang tidak dikenali yang kini telah bergabung dalam barisan kafilah syuhada’ Palestin. Pahlawan kita kali ini adalah satu di antara pejuang Palestia yang menjadi alumni madrasah Brigade al Qassam. Sami Zaidan, seorang pemuda bertaqwa dan wara’ yang mengenal hak Rabbnya, mengenal hak tanah air dan bumi tempat ia berpijak. Dia keluar dari madrasah al Qassam menjadi mujahid berjuang di jalan Allah. Dialah Sami “Muhammad Samir” Zaidan, lahir di perkampungan Tel berdekatan dengan kota Nablus pada 11 Oktober 1980. Berasal dari keluarga beragama yang hidup dari hasil bertani. Dia adalah anak kelapan dari sebelas bersaudara. Membesar dalam suasana keimanan dan jihad perjuangan. Terdidik mencintai masjid. Sentiasa melaksanakan solat berjema’ah di masjid. Tidak pernah sekalipun terlewatkan solat di ma

PESANAN AKHIR SEBELUM KEMATIAN

Saudara! Seandainya kau tangisi kematianku, Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu, Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh, Nyalakanlah obor buat umat ini Dan teruskan perjuangan ke gerbang jaya Saudara! Kematianku adalah satu perjalanan Mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku Burung-burungnya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelana di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar. Sayyid Qutb (1906-1966)