Skip to main content

KITA DIKUASAI NAFSU…



Bulan puasa, bulan penuh kerahmatan…bulan yang dijanjikan pengampunan… Namun, apakah kita menghayati bulan ini sebaik mungkin?.

Tazkirah Ustaz Shamsudin di IHaB setelah solat sunat tarawikh semalam, menyentak hati kecilku, betapa aku masih jauh dari redha Allah. Ustaz menjelaskan,”bukan anak jantan, jika tidak dapat khatam quran sepanjang Ramadhan ini walaupun hanya sekali”. Aku mengambil serius soal ini, betapa penekanan kepada penghayatan Ramadhan amat-amat dititikberatkan. Bukan bermakna ustaz hendak menyindir sesiapa tapi seikhlas hati dia mahu aku berubah ke arah yang lebih baik. Jika dulu sewaktu kecil aku tidak tahu membaca Quran, namun kini sedikit demi sedikit aku sudah perbaiki diri. Namun, pembaikan itu, belum cukup, dan perlu ditambah-tambahkan dan beristiqamah dengannya. Lebih baik berdikit dalam perubahan dan beristiqamah dengannya daripada berubah secara drastik, tetapi tidak istiqamah.

Apa yang membuat aku gagal untuk khatam Quran pada sela masa yang aku impi dan target, sebenarnya ia berpunca dari NAFSU…Aku masih gagal melawan nafsu malas aku, aku masih gagal melawan kehendak nafsu aku…dan seumpama dengannya…yang berkaitan dengan nafsu..

Kerana NAFSU juga, handset aku hilang di Masjid Al-Amin, Selinsing, sedih aku pada insan yang mengambil handset aku, kerana dia masih tidak dapat mengawal nafsunya, nawaitu ke masjidnya juga berubah, bukan kerana ALLAH tetapi kerana NAFSU….Aku berdoa pada Allah, supaya dia cepat berubah, biarlah handset aku itu menjadi seribu erti baginya, biarlah dia menilai kembali baik buruk yang telah dia lakukan..lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini…Moga dia tidak lakukan lagi perbuatan tersebut berulang kali. Harapanku semoga hand set aku menjadi barang yang terakhir yang dia curi...

Comments

Popular posts from this blog

Waspada Pada "4S" dan "5F"

Zionis Yahudi dan sekutunya sejak dahulu kala tak habis-habis dan tak lelah mendangkalkan aqidah dan keimanan seseorang dengan beberapa hal berikut ini. Memasuki era global dan zaman moden seperti saat ini, Umat Islam banyak dihadapkan dengan bermacam t e ntangan, perlawanan dan berbagai bentuk pengaruh yang dilakukan baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi oleh para musuh-musuh Islam. Juga berbagai macam penindasan yang di lakukan oleh orang-orang kafir secara biadab khususnya di daerah-daerah muslim yang majoriti . Namun ironisnya berbagai macam t e ntangan dan ancaman tersebut belum sepenuhnya mampu meny e darkan umat Islam untuk bangkit dari sebuah kepedulian, bahkan banyak di antara umat Islam melihat sebuah ke za liman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dengan perasaan dingin. Benarkah nurani umat islam sudah banyak yang mati karena banyaknya pengaruh budaya yang diterap o leh orang-orang kafir? Wahai saudara-saudaraku bangunlah k era na di depan ...

Media Fasik...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”[Al Hujuraat:6] Ayat di atas menjelaskan satu kejadian di zaman Nabi. Ketika itu Al Harits menghadap Nabi. Dan Nabi mengajaknya masuk ke dalam Islam. Al Harits pun bersyahadah masuk ke dalam Islam. Nabi mengajaknya untuk membayar zakat. Al Harits menyanggupinya dan berkata: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada kaumku dan mengajak mereka masuk Islam dan membayar zakat. Aku akan mengumpulkan zakatnya. Jika telah tiba waktunya, kirimlah utusan untuk mengambil zakat.” Akhirnya Nabi mengutus Al Walid bin ‘Uqbah untuk mengambil zakat pada Al Harits. Namun sebelum sampai di tempat, Al Walid takut dan akhirnya pulang dan memberi laporan palsu pada Nabi. Katanya Al Harits tidak mau membayar zakat bahkan mengancam akan membunuhnya. K...

PERANAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia. Tiada simpanan yang paling berharga dan kekayaan yang paling mahal nilainya untuk kehidupan dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan anak soleh, apalagi jika dilengkapi dengan pendidikan dan didikan yang betul dan lengkap berlandaskan Islam. Terdapat empat kaedah asas untuk mendidik anak iaitu : 1- Didikan dengan menunjukkan contoh teladan Didikan dengan menunjukkan contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-anak dari segi akhlak, ...