Jumaat, 26 Ogos 2010, kampung tempat aku bermain polis sentry, combat-combat telah didatangi makhluk berhidung rata yang berkemungkinan sesat. Kebiasaannya, binatang itu boleh dilihat di kawasan kebun kelapa aku, tapi kali ini, dia telah melintasi kampung aku…Kelibatnya disedari jiran aku (a.k.a Along), lalu terus memberitahu ayah. Ayah dengan pantas mengambil senapangnya, dan terus meluru keluar untuk menjejaki babi tersebut. Dengan penuh yakin, muncung senapang ayah dihalakan ke arah babi tersebut, “DAM” bunyi tembakan memecah keheningan pagi Jumaat itu. Ayah melihat babi tersebut tersembam jatuh, namun dalam 2 ke 3 minit, ia bangun kembali, dan terus berjalan…Ayah kira tembakannya tidak tepat….Perkiraan ayah nyata tepat setelah sepupu aku pun mencari-cari babi tersebut…Namun tiada..Namun, pada Ahad petang, anak jiran sebelah kanan rumah kami (a.k.a anak Mak Ngah), yang pada masa itu balik melihat rumah maknya, terbau sesuatu yang amat meloyakan. Dia terus meneliti setiap inci kawasan semak sebelah rumahnya…rupanya…ada seekor babi tengah berehat selama-lamanya di situ…dia terus menghubungi ayah, yang kebetulan kami semua ke majlis jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim/miskin…dan ayah menceritakan segalanya…
Isnin pagi, 30 Ogos 2010, bermulanya operasi menghilangkan segala bau bangkai yang makin kuat, aku berkali-kali hampir termuntah menahan bau yang amat meloyakan….akhirnya, aku, sepupuku dan ayahku sepakat untuk membakar babi tersebut bagi mengantikan pengkebumian yang mungkin lebih membebankan disebabkan oleh saiz babi yang agak besar dan baunya. Aku pun menuang hampir 2 liter minyak petrol diatas badan babi tersebut, yang telah pun di tutupi dengan pelepah kelapa dan kain-kain buruk. Lalu, babi tersebut dibakar, dan sedikt demi sedikit, badannya dimamah api, hingga tinggal tulang…
Pengalaman ini, mengingatkan aku tentang azab Allah s.w.t. pada manusia, antara hukuman yang menjadikan manusia berupa babi di akhirat kelak adalah:
Orang yang suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
Orang yang suka makan harta riba.
Orang yang mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai didalam sembahyang).
Dan di antara azab Allah yang menjadikan diri manusia bangkai yang busuk adalah:
Orang yang suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
Aku bermohon pada Allah, moga kita semua umat Muhammad s.a.w terlepas dari seksaan ini…Ya Allah jauhkan kami dari azabMu, sedarkanlah kami….Ameen.
Comments