Skip to main content

Posts

Kenapa Aku…Bukan Orang Lain……

Ahmad, bukan nama sebenar memacu keretanya menuju ke tempat rekreasi lewat 10.00malam bersama teman wanitanya. Dia pun berhenti di satu tempat, dimana kedapatan bangku lepak di taman rekreasi tersebut. Pada malam yang damai dan tenang itu, dia terus membuka pintu kereta dan mengajak teman wanitanya keluar mendapatkan kerusi untuk bersantai. Ahmad telah mengenali Lia, 2 tahun yang lalu, kerana mempunyai minat yang sama, mereka antara pasangan yang sangat serasi, mereka gemar keluar berdua-duaan hingga lewat malam. Namun, walaupun telah lama berkasih, masih belum ada tanda-tanda mereka ingin hidup bersama. Sedang bersenda gurau, tiba-tiba…. “ Maaf encik, saya dari Jabatan Agama Islam, boleh saya tahu maklumat peribadi encik, boleh saya dapatkan IC encik ”, kata seorang dari 5 orang pegawai agama dari Bahagian Pencegah Maksiat. Ahmad tercegang dan kaget, perlahan-lahan dia seluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan IC nya. Dia antara 10 orang yang ditahan malam itu dalam Ops Pencega...

Cakap Jer Lebih…Podah…

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa, baik pak imam, alim ulama’, doktor, professor, pekebun, dan sebagainya, Kekadang, pak imam lebih ketara secara zahirnya dilihat akan kesalahannya, masyarakat selalunya mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai kelakuan tersebut, sebagai contoh, “Cakap tak serupa bikin”, “Nasihat orang je pandai, dia tak pun buat”, “Pigilah tok imam, cakap je lebih”…dan seumpama dengannya… Wahai sekalian sahabat yang di sayangi sekalian, seandainya kita berhadapan dengan insan seperti ini, janganlah kita terus menghentam, akan tetapi jadikannya sebagai satu ujian kepada kita, samada kita hendak menegurnya atau pun tidak. Mungkin sebenarnya dia terlupa atau terleka akan ketelanjurannya. Sedarkanlah dia, kerana dia pastinya pasti menerima ujian dari Allah berkaitan ilmu yang telah dia sebarkan. Samada dia mampu bergerak seiring dengan panduan yang telah dia perkatakan atau tidak. Dalam sebuah hadits disebutkan: “Bila salah seorang dari kamu ...

Hai Mambang Tanah, Mambang Api, Mambang Asap…..

Kekuatan dan kekuasaan manusia jika masih menggunakan kuasa dari alam lain, selain kuasa Allah, ia tetap terbatas. Sehebat mana kepercayaan masyarakat terhadap kuasa tersebut, kuasa itu masih belum mampu menandingi keagungan yang Maha Pencipta segalanya, baik makhluk seperti jin mahupun manusia. Namun, masyarakat masih mempercayai kemujaraban dan kekuatan kuasa ghaib daripada memohon perlindungan Allah s.w.t. Jika ada dikalangan kita tersampuk, atau diganggu oleh makhluk lain, mulalah mencari penawar. Tidak salah mencari as-syifa’ tapi carilah yang betul terus kepada Allah, bukan dari makhluk ciptaan Allah. Bila sembuh penyakit, manusia mula mempercayai kaedah rawatan makhluk ghaib, sedar atau tidak kalian kita sekalian, itu hanyalah mainan musuh manusia yang mahukan kita tunduk dan patuh kepada godaan mereka, bukan kepada perintah Allah. Ingatlah tiada yang lain berkuasa melainkan Allah, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkannya. Dan (ingatkanlah peristiwa) k...

1,000,000 versus 000,000,1

1 diistilahkan sebagai Iman dan Islam, 0 diistilahkan sebagai Dunia. 1,000,000 lebih Nampak tinggi nilainya berbanding 000,000,1 kerana penambahan 0 tidak nampak penambahan nilai tetapi ia tetap sama, iaitu nilainya = 1. Itulah yang dapat dipetik daripada tazkirah ringkas tempoh hari. Kesimpulannya, letakkanlah Iman dan Islam sebagai yang utama, setelah itu barulah Dunia kerana ia akan bernilai dan dinilai oleh Allah, akan tetapi sesiapa yang meletakkan Dunia sebagai yang utama, walaupun kebanyakan Dunia, nilai Iman dan Islam tetapi satu, tidak akan bertambah, sebanyak mana dunia ini ditambah…

Pontianak di Surau

Gempar seketika bila terlihat kelibat lembaga yang mirip manusia melangkah masuk ke sebuah surau. Lebih mengejutkan, lembaga tersebut terus bertafakur sejenak, mendengar alunan azan Maghrib yang berkumandang oleh bilal yang bertugas. Yang pelik, tiada langsung perasaan gugup atau takut pada perasaan lembaga berkenaan. Apa yang pasti dia terus melakukan solat sunat rawatib selepas muazin menyudahkan azannya. Siapakah dia??? Dialah manusia yang berkuku panjang, hadir ke masjid untuk bersolat jemaah. Alhamdulillah, bersyukur pada hari itu, jemaah masjid bertambah dari kebiasaannya. Biarkan dia dengan kuku panjangnya, asalkan dia sudah mula ke rumah Allah, lama kelamaan, kita cuba menasihatinya, dan juga menasihati diri kita sendiri. Apakah tujuan kehidupan kita wahai kalian saudaraku??? Kita hidup adalah bertujuan untuk mengabdikan diri pada Allah. Bukti yang paling jelas adalah dengan solat. Sebelum solat, kita perlu berwudhu, ketika mengambil wudhu' atau mandi wajib dia hendaklah ...

Mulut Batu

Pernah tak anda seperti ana? Bagi diri ana sendiri, ana kekadang terlupa dan tak endah bila ada seseorang insan menghulurkan bantuan kepada ana. Kekadang insan tersebut, belanja makan, kekadang insan tersebut meluangkan masa sibuknya untuk ana, kekadang insan tersebut, terpaksa mengeluarkan wang simpanannya untuk diri ana…Ana selamba je, tak langsung mengucapkan terima kasih…Berat sangatkah mulut ana nak ucapkan ucapan terima kasih…walhal bercakap hal-hal lain ana boleh…Ya Allah….Maafkan aku… Wahai sekalian sahabat, sekalian yang istimewa dan teristimewa, jika pernah ana terlupa untuk mengucapkan terima kasih, maafkan lah ana, tak pernah terlintas di hati ana untuk tidak menghargai jasa kalian, mungkin di saat itu ana terlupa, ana terleka…Ana amat menghargai semua yang telah membantu ana, yang telah mendengar keluhan ana, yang sentiasa berdampingan dengan ana… Ana tak mahu, Allah mencabut nikmat berkata-kata. Ana mohon kemaafan pada semua..TERIMA KASIH SEMUA..

Tangisan Lelaki

Pernahkah anda, tika bertandang ke majlis akad seseorang, anda melihat mempelai lelaki mengalirkan air mata selepas ijab dan qabul. Adakah bagi anda ia adalah sangat pelik?...Adakah air mata seorang lelaki amat sukar untuk dikeluarkan?...Namun ada juga sesetengah lelaki langsung tidak ada tanda-tanda mengeluarkan air mata, malah terus tersenyum. Sebenarnya, lelaki yang mengalirkan air mata ini, adalah lelaki yang memikirkan akan tanggungjawab yang terpaksa dia pikul setelah menjadi seorang suami, samada dia boleh menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga atau tidak. Tanggungjawab merupakan satu AMANAH atau BEBAN dan TUGASAN yang mesti kita ‘tanggung’ di dunia, MESTI kita ‘jawab’ apabila kita ‘disoal’ di hadapan Allah SWT di yaumil mahsyar kelak . Sekalipun badai ujian kehidupan ada kalanya begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kita wajib sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keser...