Skip to main content

Posts

Dunia Bergoncang....!!! Oleh Tangan-Tangan Itu...

Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini. Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusn...

Perkongsian Pengalaman Anak Jati Behrang

Spirit from Palestin to Batang Padang

Alhamdulilah. Pertubuhan Ikram Batang Padang dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad telah berjaya menganjurkan Wacana Sukarelawan Palestin pada 31hb Oktober 2010. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Dr Haji Fakharudin bin Hasim yang merupakan Yang Dipertua IKRAM Perak. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, penunut institusi pengajian tinggi, pensyarah dan masyarakat awam telah menyertai program ini. Dua penyampaian telah disajikan kepada peserta yang hadir. Penyampaian pertama berkisar dengan sejarah Palestin telah disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Azhar bin Zailani , manakala Pengerusi Aqsa Syarif Perak, Ir Megat Sharifudin bin Ibrahim membentangkan tajuk Peranan NGO dalam isu Palestin khususnya berkaitan dengan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Palestin di Gaza yang sedang dipenjara oleh Israel melalui sekatan menyeluruh. SOURCE: http://aqsasyarifbtgpadang.blogspot.com/

Wacana Sukarelawan Palestin

Kejadian di Kampung Keliang

Lelaki ditahan HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang warga emas di Kampung Keliang, Kalumpang, di sini, Isnin lalu, ditahan di Ulu Bernam, malam kelmarin. Suspek seorang warga tempatan berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam di rumahnya. Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah itu membabitkan kes dadah dikenal pasti seorang daripada suspek kes pembunuhan itu. “Suspek kini direman hingga 19 Oktober ini dan kami percaya dia dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan bekas tentera terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Kelmarin, akhbar ini melaporkan mangsa, Saad Johari Yamin, 73, seorang bekas tentera mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini. Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba m...

ESQ – HALAQAH

Suntikan hormon kesedaran kepada semua yang menonton/menyaksikan Program Bicara Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9, Dekat Di Hati disifatkan mampu memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian. Jelas, sesiapa yang benar-benar menghayati setiap patah perkataan yang terkeluar dari jurulatih spritual dan emosi, mungkin boleh mengalirkan air mata. Terima kasih dan tahniah TV9 Sentiasa di Hati….Kami memang memerlukan panduan dan nasihat untuk kami sentiasa berada pada jalan yang benar, jalan yang pasti untuk menemui syurga…. Bagi sesiapa yang terlepas peluang menontonnya, jangan risau, ia program bual bicara yang diadakan setiap minggu….Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya setiap malam Selasa jam 10.00-11.00 malam di TV9.

Bertemu Kembali Ezaidy Zul Sani di Sini

29 September 2010 - Tanjung Malim menjadi saksi pertemuan 2 sahabat yang telah terpisah hampir 10 tahun kerana haluan hidup masing-masing. Mohd Ezaidy Zul Sani bin Yahya , nama yang indah dan masih segar dalam ingatan ku, sahabat sekelas sewaktu aku di Tingkatan 1A2 hinggalah ke Tingkatan 3A1 Sek.Men.Keb Abu Bakar Al-Baqir(SABAR), Sg.Gedong, Bagan Serai, Perak tahun 1997-1999. Penangan Facebook telah menemukan kami kembali. Facebook juga telah menemukan kami ex-SABARIAN dan sempat membuat reunion SABAR sewaktu hari raya ke-3 tempoh hari, namun Ezaidy tidak dapat hadir kerana ke Kedah. Banyak kenangan bersama Ezaidy, salah satu daripadanya adalah ditinggal bas untuk ke Kem Sains di Kuala Gula, sehingga kami terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5km dari masjid Telok Medan ke SABAR. Masa sejam aku rasakan tidak cukup, namun apakan daya atas tanggungjawab kami pikul, pertemuan kami bersyarat. Kami berkongsi kisah suka duka sahabat-sahabat di SABAR. Majoritinya telah pun berumahtangga. Hara...