Skip to main content

Posts

Wacana Sukarelawan Palestin

Kejadian di Kampung Keliang

Lelaki ditahan HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang warga emas di Kampung Keliang, Kalumpang, di sini, Isnin lalu, ditahan di Ulu Bernam, malam kelmarin. Suspek seorang warga tempatan berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam di rumahnya. Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah itu membabitkan kes dadah dikenal pasti seorang daripada suspek kes pembunuhan itu. “Suspek kini direman hingga 19 Oktober ini dan kami percaya dia dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan bekas tentera terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Kelmarin, akhbar ini melaporkan mangsa, Saad Johari Yamin, 73, seorang bekas tentera mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini. Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba m...

ESQ – HALAQAH

Suntikan hormon kesedaran kepada semua yang menonton/menyaksikan Program Bicara Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9, Dekat Di Hati disifatkan mampu memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian. Jelas, sesiapa yang benar-benar menghayati setiap patah perkataan yang terkeluar dari jurulatih spritual dan emosi, mungkin boleh mengalirkan air mata. Terima kasih dan tahniah TV9 Sentiasa di Hati….Kami memang memerlukan panduan dan nasihat untuk kami sentiasa berada pada jalan yang benar, jalan yang pasti untuk menemui syurga…. Bagi sesiapa yang terlepas peluang menontonnya, jangan risau, ia program bual bicara yang diadakan setiap minggu….Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya setiap malam Selasa jam 10.00-11.00 malam di TV9.

Bertemu Kembali Ezaidy Zul Sani di Sini

29 September 2010 - Tanjung Malim menjadi saksi pertemuan 2 sahabat yang telah terpisah hampir 10 tahun kerana haluan hidup masing-masing. Mohd Ezaidy Zul Sani bin Yahya , nama yang indah dan masih segar dalam ingatan ku, sahabat sekelas sewaktu aku di Tingkatan 1A2 hinggalah ke Tingkatan 3A1 Sek.Men.Keb Abu Bakar Al-Baqir(SABAR), Sg.Gedong, Bagan Serai, Perak tahun 1997-1999. Penangan Facebook telah menemukan kami kembali. Facebook juga telah menemukan kami ex-SABARIAN dan sempat membuat reunion SABAR sewaktu hari raya ke-3 tempoh hari, namun Ezaidy tidak dapat hadir kerana ke Kedah. Banyak kenangan bersama Ezaidy, salah satu daripadanya adalah ditinggal bas untuk ke Kem Sains di Kuala Gula, sehingga kami terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5km dari masjid Telok Medan ke SABAR. Masa sejam aku rasakan tidak cukup, namun apakan daya atas tanggungjawab kami pikul, pertemuan kami bersyarat. Kami berkongsi kisah suka duka sahabat-sahabat di SABAR. Majoritinya telah pun berumahtangga. Hara...

BALIK KAMPUNG!! HATI-HATI BEB

sekadar hiasan Halim berjumpa sahabat karibnya,Saed di Shopping Complex. Saed bercadang untuk pulang ke kampung halaman neneknya di Taiping. “Dah berapa lama tak balik kampung?”, Halim bertanya kepada Saed. “Dah hampir 10 tahun bro”, jawab Saed.”Ingat lagikah jalan ke kampung tu”, tanya Halim.”InsyaAllah”,jawab Saed. Saed kemudian meminta izin untuk beredar dari situ dan terus memacu keretanya menghala ke Lebuhraya Persekutuan terus ke utara. Dalam hati Saed, tidak langsung berasa risau, walaupun dia hanya mengagak lokasi tempat yang hendak dituju itu. Dalam hatinya terdetik,”Mengapa perlu risau, kalau tak tahu papantandakan banyak”. Sampai sahaja di Taiping, dia terus memerhatikan papan-papantanda di sekitar tempat tersebut untuk ke destinasinya. Namun, hampir 1jam setengah, masih belum ditemui papantanda yang menyatakan lokasinya, dia sudah sesat di pekan Taiping yang bersambungan ke Kamunting. Begitulah juga hidu...

DATING DENGAN ALLAH

Ringkasan Huraian Kitab Di RADIO IKIM.FM. Untuk perkongsian kita bersama. Ketika kita membuat temujanji: 1. Kita perlulah datang awal sebelum masa temujanji, 2. Berpakaian bersih, kemas dan wangian yang tidak terlalu kuat sehingga menganggu orang lain, 3. Ketika berbual, tumpuan yang sepenuhnya diperlukan, bukan sambil membalas mesej atau mengorek tahi hidung, InsyaAllah, orang sekeliling kita akan berasa senang dengan kita dan akan cuba membantu kita jika kita memerlukan bantuan. Begitu juga situasinya dengan temujanji dengan Allah: 1. Kita perlu menunaikan solat fardhu di awal waktu, 2. Berpakai menutup aurat, bersih, kemas dan bersama sedikit wangian, 3. Tumpuan sepenuhnya kepada solat untuk memperolehi kekushyukan dan bersungguh-sungguhlah, jangan ingat lapar, jangan ingat nak buat apa lepas ni, jangan ingat nak jumpa siapa lepas ni dan sebagainya yang berkaitan dengan urusan dunia yang tak pernah selesai sehingga mati. InsyaAllah, Allah s.w.t akan membant...

Today is Mine

Merujuk kepada kitab “La Tahzan” (Jangan Bersedih/ Don’t Be Sad), jadikanlah hari ini milik kita, jangan cuba memikirkan hari semalam yang telah lepas, biarkan ia lepas, apa yang penting, kita usaha yang terbaik hari ini. Mengapa perlu menyesali perbuatan semalam, perkara tersebut telah berlaku dan tidak mungkin akan datang kembali, jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita. Mengapa kita berbangga dengan pencapaian kelmarin kerana hari ini belum tentu kita memperolehi apa yang telah diperolehi semalam. Untuk itu, jadikan “hari ini milikku” untuk terus kita tekun dan bersungguh-sungguh mencari redha Allah, bersungguh-sungguh memohon keampunanNya, bersungguh-sungguh beramal dengan perintahNya, dan bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya.